Wednesday, February 11, 2009

ARAK

Oleh: Knowledgeseeker

Asalamualaikum. Bismilahirahmanirrahim

Renungkanlah

“ Mereka bertanya kepada mu (Ya Muhammad) tentang arak (segala minuman yahng memabukkan) dan judi, Katakanlah pada keduanya itu terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa pada keduanya adalah lebih besar dari manfaatnya ” (Al Baqarah: 219)

Wahai saudara-saudaraku, dewasa kini kita telah sama-sama mengetahui bahawa gejala-gejala sosial telah memberikan impak yang negatif didalam masyarakat dunia tidak terkecuali masyarakat Islam.

Salah satunya ialah ARAK. Arak adalah merupakan UMM AL KHABÂ’ITS iaitu ibu segala najis dan racun. Arak darisegi bahasa ialah menutup, ini adalah kerana arak itu berkeupayaan menutup akal dan fikiran seseorang dari menjadi seorang yang waras.

Adapun hukum meminum arak itu adalah HARAM. Sebagaimana firman Allah:

“Wahai orang-orang yang beriman, bahawa sesungguhnya arak, judi, berhala dan anak-anak panah yang dibuat tilik, adalah semuanya itu kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya, supaya kamu beruntung” (Al Mâ’idah: 90)

Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Abu Daud, Tirmidzi dan Nasa’i:

“ Tiap-tiap yang memabukkan itu arak dan tiap-tiap yang memabukkan itu haram”

Jelas hukum meminum arak itu adalah haram.

Sebahagian dari umat Islam masih lagi ada yang meminum arak. Ianya dihidangkan didalam majlis-majlis yang tertentu yang mana orang-orang Islam juga turut menghadirinya. Sabda Rasulullah oleh Imam Thabarani:

“ Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah dia meminum arak, dan siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah dia duduk pada meja jamuan yang ada diminum arak”

Melalui hadith ini, bukan saja hukum meminum arak itu haram tetapi menghadiri jamuan atau majlis yang ada menghidangkan arak juga diharamkan.

Kita tinjau lagi sabda Rasulullah ini yang diriwayatkan oleh Abu Daud:

“Allah telah melaknat arak, peminum arak, pembawa arak, pembeli arak, penjual arak, pembuat arak, orang yang minta dibuatkan arak, tukang angkat arak dan orang yang diangkatkan arak kepadanya”

Laknat itu bermaksud terhalu dan jauh dari rahmat Allah.

Hukum bagi arak itu meliputi semua aspek iaitu peminumnya, pemerahnya, peminta perahnya, pembawanya, peminta bawakannya, pemberi minumnya, peminta minumnya, penjualnya, pembelinya, peminta belinya, peminta jualnya, pemakan harganya, penyimpannya dan pemiliknya.

Jelas wahai saudara-saudaraku bahawa hukum arak itu adalah Haram dan dilaknat oleh Allah.

Janganlah kita terpedaya oleh pengaruh arak dan syaitan. Walaupun ada faktor yang mendorong kita berbuat demikian tetapi ingatlah akan balasan yang bakal diterima.

Bercakap mengenai dengan faktor yang mendorong manusia untuk meminum arak, marilah kita tinjau faktor-faktor tersebut:

1. Pada zaman ini, arak merupakan hanya menjadi pilihan bagi sebahagian manusia. Samaada mahu meminumnya atau tidak dan mengetepikan hukum haramnya. Ini adalah kerana pengaruh-pengaruh sekeliling seperti rakan-rakan. Contoh:

Seseorang disuruh untuk meminum arak, tetapi pada awalnya dia menolak, namun rakan-rakannya tetap saja mendesak menyuruh meminumnya dan jika dia tidak mahu untuk meminumnya dia akan dilabelkan sebagai seorang yang pengecut dan tidak mengikut peredaran zaman dan akhirnya untuk tidak memalukan dia pun meminumnya.

Lihat pada contoh tersebut, dia meminum arak disebabkan supaya dia tidak dimalukan dihadapan rakan-rakannya. Cuba kita ingati kembali, dia malu disebabkan jika dia tidak meminumnya akan diejek oleh rakan-rakannya tetapi adakah dia terfikir bahawa tidakkah dia malu dihadapan Allah. Allah lah yang menciptakan dia dan rakan-rakannya dan seluruh makhluk dialam ini. Adakah kita malu kepada Allah??

2. Segelintir manusia bertanya mengapakah arak itu diharamkan? Sedangkan ia memberikan satu kenikmatan kepada mereka (kononnya). Disebabkan mereka tidak jelas mengenai dengan hikmah pengharaman arak maka mereka hanya memandang ringan mengenai dengan hukum arak tersebut. Disini saya ingin menjelaskan hikmah pengharaman arak:

Allah adalah maha pencipta, tidak ada satu pun yang lepas dari pengetahuannya. Sedangkan daun yang gugur tetap didalam pengetahuannya. Dialah yang mencipta kita semua, ertinya setiap apa yang ditetapkannya mempunyai kebaikkan kepada setiap makhluk. Dalam erti kata lain, arak diharamkan oleh Allah disebabkan ianya memberikan kesan yang buruk kepada kita. Kita lihat seorang pencipta televisyen ada menyediakan buku panduan (manual book) bagi pengunaan televisyen agar televisyen tersebut dapat digunakan dengan baik.

Itulah perumpamaannya, Allah melarang sesuatu dan menyuruh melakukan sesuatu adalah untuk kebaikkan manusia itu sendiri bukannya untuk membebankan dan menyusahkan manusia.

3. Masihkah kita ingat sebuah cerita yang pernah diceritakan tentang seorang yang kuat beibadat kepada Allah tetapi ia mati sebagai seorang yang kufur?

Dia memang kuat beribadat kepada Allah sehingga ada yang mengatakan dia beribadat selama lebih berpuluh-puluh tahun. Pada suatu hari Syaitan hendak menyesatkan dia. Maka syaitan pun menyusun strategi untuk menyesatkannya.

Lalu syaitan pun menyamar sebagai seorang yang a’lim dan pergi ketempat dimana hamba Allah yang taat itu tadi beribadat dan syaitan pun duduk dibelakangnya. Selang beberapa lamanya, hamba Allah yang taat itu tetap saja terus beribadat dan syaitan pun tetap mahu menyesatkannya.

Syaitan pun berpura-pura turut beribadat dan berdoa sehingga menangis dan bersedih. Ini menarik perhatian hamba Allah yang taat itu. Lalu didekatinya syaitan itu dan berkata, “selama aku beribadat kepada Allah, aku tidak pernah menangis sekuat-kuatnya tetapi tuan hamba mampu untuk menangis dalam beribadat kepadanya, bagaimanakah aku boleh menangis dalam berdoa kepada Allah?”

Lalu Syaitan pun berkata, “sesungguhnya dulu aku pernah melakukan dosa-dosa dan sekarang aku ingin bertaubat dan beribadat kepada Allah. Aku pun berdoa kepadanya dan menangis dalam menyesali perbuatanku itu”

Syaitan menambah lagi, ”Jika engkau ingin begini maka hendaklah engkau melakukan dosa terlebih dahulu”.

Lalu hamba Allah itupun bersetuju untuk melakukan dosa dan berkata, “Dosa apakah yang harus aku lakukan?”

Syaitan pun berkata,”Apakata merogol?”

Hamba Allah itu tidak bersetuju kerana kesalahan itu terlalu besar.

Syaitan berkata lagi, “Apakata membunuh?”

Hamba Allah itu tidak bersetuju kerana kesalahan itu terlalu besar.

Syaitan berkata, “Apakata meminum arak?”

Hamba Allah itupun bersetuju kerana meminum arak baginya hanyalah istilah ‘minum’.

Lalu pergilah mereka ke sebuah tempat dimana terhidangnya arak. Hamba Allah itu pun meminum arak tersebut sehingga mabuk dan tidak waras. Kebetulan disitu ada seorang perempuan yang cantik, lalu dalam keadaan mabuk hamba Allah itupun merogolnya dan membunuhnya. Kemudian beliaupun di tangkap dan dihukum seksa dan akhirnya disebabkan dia patuh kepada Syaitan maka matilah ia dalam keadaan kufur.

Kita lihat melalui cerita ini, arak walaupun ianya hanya minuman tetapi ia memberikan impak yang negatif dan besar kepada akal manusia dan membolehkan seseorang itu dapat melakukan sesuatu yang diluar dari jangkaan.

Akhirnya, saya mengingatkan diri saya sendiri dan semua saudara-saudara agar jangan meremehkan hukum pengharaman arak ini dan mudahan kita akan tetap mendapat rahmat dari Allah. Amin.

Sunday, February 1, 2009

Segala Puji Hanya Bagi Allah

Ya Allah,pada awalnya engkau telah mengujiku,mengujiku dengan ujian kegagalan,namun aku berserah kepadamu,aku lalui hidupku dengan hati yang cekal dan tabah menghadapi ujian..Terkadang diriku merasakan kecil namun engkau sangat mengasihi hambamu,engkau tetap saja memberiku kekuatan,engkau kurniakan kepadaku ilmu,perasaan kasih sayang,rezeki..Aku berterima kasih kepadamu Ya Allah..Ilmu yang engkau berikan akan aku gunakan untuk memimpin diriku,keluargaku,keturunanku agar kami selalu menjadi orang yang berilmu dan beriman kepadamu,oh Tuhan,berikanlah aku kebijaksanaan dalam mengharungi dunia ini,rahmatilah kedua ibubapaku kaum keluargaku,rahmatilah insan yang ku sayangi dan keluarga mereka..Mudahan kami semua berada dalam pemeliharaanmu..Aku bersyukur kepadamu kerana engkau berikan kepadaku kejayaan ini,mudahan impian kami akan tercapai dan di makbulkan olehmu..Maha suci engkau Ya Allah....

Sunday, December 14, 2008

Bawalah hati berbicara

Pernah kah kita membawa hati kita berbicara?Mungkin pernah atau tidak,namun cuba kita bawa hati kita untuk berbicara.."wahai hati yang dimiliki oleh Allah,engkau,jasad ini,roh ini,semuanya adalah milik Allah,ketahuilah wahai hati,kita dicipta oleh Allah,dari itu janganlah kita mengkhianati akan dia,tetapi tunduklah kita pada dia,sembahlah dia,abdikan diri kita kepadanya,janganlah engkau dengarkan dan mengalah kepada bisikan-bisikan syaitan yang mengheret kepada kesesatan,janganlah engkau menyombongkan diri kepada semua kerana kita semua sama,sama berpijak dibumi Allah,janganlah engkau buta,mati dan lalai dengan dunia,dunia bukan tujuan kita,tetapi sebagai alat untuk tujuan akhirat,janganlah lalai dengan keseronokan dunia yang merosakkan,sesungguhnya kepada Allah jua kita akan kembali...."

Wednesday, December 10, 2008

Fatimah Nokman Bersanding


















Duduk bersanding dua mempelai
Fatimah Nokman tersenyum tawa
Cinta dan kasih sama dibelai
Semoga mereka kekal bahagia

7 disember tarikh kenangan
Dimana mereka telah disandingkan
Moga mereka kekal berpanjangan
Mendapat rahmat yang berterusan

Jemputan datang menadah tangan
Memohon kepada tuhan yang kuasa
Somoga Allah tetap merahmatkan
Melimpahkan rahmat mereka berdua

Gagah Nokman umpama pahlawan
Cantik Fatimah bagai puteri
Mereka berdua sama padan
Bagai raja dengan permaisuri

11:05 AM/ 8.12.2008/ Knowledgeseeker

Sambutan 31 Disember melalui Kaca Mata Islam

Jadi renungan bersama
Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh saudara Zulkifli Nordin . Dibawah ini adalah intipati kuliah beliau yang sempat disalin. ..

Diantara lain, beliau mengupas ayat 120, surah Al Baqarah, mafhumnya :- Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yg memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Beliau juga menyebut hadith Rasulullah SAW yang berbunyi, lebih kurang: UmatKu dilalaikan tanpa disedari seperti semut hitam diatas batu hitam dimalam yang gelap. Siang ia Islam, malam ia kufur; dan siang ia kufur, malam ia Islam.Yahudi & Nasarah yang tidak redha akan Islam kita akan menggunakan apa saja cara untuk menyesatkan kita. Sekarang mereka menggunakan cara yang begitu halus sampai kita sendiri tidak sedar yang kita telah mengikuti mereka. Tengok saja disekeliling kita ...

Contohnya,haribulan . Berapa ramai yang tahu bahawa cara tarikh Masehi ini ada kaitannya dengan tuhan mereka 21hb Ogos 2002 AD. Apa maksud AD dibelakang? Makna AD ialah "AnnoDomini" bahasa Latin yang bermaksud "Anno" ialah aku/saya dan"Domini" ialah tuhan dilahirkan. Jadi 21hb Ogos 2002 boleh diertikan sebagai"... ¹beberapa hari setelah tuhan aku dilahirkan. "Nauzubillah .... . Insaflah kita kerana secara halus kita mungkin termasuk dalam kategori umat Nabi Muhammad SAW seperti diatas. Sebab tulah kita dianjurkan supaya beristighfar selalu.

Bila sampai 31 Disember, berapa ramaikah umat Islam yang meraikan tahun baru?Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh Sheikh-ul-Azhar, Sheikh Tantawi,Sheikh Yusof Al-Qardhawi dan Ulama2 contemporary bahawa menyambut 31Dis. bererti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan Yahudi & Nasarah? Bagi mereka yang tidak tahu, hukumnya fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kita sekarang sudah tahu) hukumnya ialah MURTAD. Nauzubillah.

Sesungguhnya yang baik itu adalah dari Allah S.W.T dan yang kurang serta salah dan silap adalah dari kelemahan saya sendiri. Wallahualam. Dapatlah kiranya dipanjangkan, Insyallah kita semua akan diberikan hidayah'

Fatimah Malam Berbedak




















Jari dicelup 7 warna
Malam berbedak mengikut adatnya
Kaum keluarga tersenyum gembira
Melihat Fatimah diatas pelaminnya

Malam diiring dikir dan selawat
Meraikan pengantin yang bakal bersanding
Mudahan mereka mendapat berkat
Agar hubungan kekal terjalin

Adat Berunai tetap diamalkan
Kain jongsarat menjadi syarat
Gelang geroncong disarungkan ketangan
Melihatkan kitani tetap beradat

Memohon kepada Allah yang kuasa
Agar mereka saling mencinta
Tetap terlindung dari fitnah dan dusta
Moga berkekalan hingga keakhirnya

6/12/2008 10:22PM Knowledgeseeker

Monday, December 8, 2008

Wahai Allah,Aku telah berlaku Zalim yang amat

Wahai Allah yang maha mengetahui,aku telah melukai hati seseorang yang aku cintai,aku telah melanggar janjiku,aku telah menzaliminya,Wahai Allah yang maha pengasih,hanya engkau mengetahui niatku,hanya engkau mengetahui diriku, Ya Allah,aku mohon walau diriku tak berdaya,tetapi aku memohon agar dirinya tetap teguh berdiri untuk mengapai kejayaanya,kejayaan yang selama ini menjadi impiannya,janganlah diriku ini menjadi penghalang bagi dirinya untuk mengapai kejayaanya...Wahai tuhan yang maha pencipta,berikanlah kekuatan kepada dirinya yang sedang berjuang,walau angin meniup kencang,takkan gegar pendiriannya,aku menerima pembalasan atas kezaliman yang telah aku buat kepadanya,aku terima pembalasan atas kebodohanku,aku kembali kepadamu Ya Allah,aku kembali...Andai nafas ini engkau berhentikan,kau tuliskan kepada HNRTQ akan kejayaan dan kebahagiaan yang kekal dan berpanjangan,kau limpahkan rahmat kepada beliau dan kaum keluarga beliau......Aku kembali kepadamu,aku kembali,aku kembali...Kuatkan pendirian beliau walau sebesar ombak manapun beliau tetap berdiri teguh,teguh melihat kehadapan,teguh dengan pendirian,teguh dengan keimanan,teguh dengan kepercayaan...Ya Allah aku telah menzalimi diriku sendiri,maka ampunilah diriku,pimpinlah aku kejalan yang engkau redhai dan tidak akan kembali kepada apa yang telah aku lakukan,aku akui aku telah merosakkan segalanya,sehingga masa itu tiba,aku tetap dalam gengamanmu Ya Allah sampai bila-bila....