Monday, July 21, 2008

SUMBER GALAKKAN KEPIMPINAN

Terjemahan Oleh: Knowledge Seeker

Sebagai pemimpin, anda menghendaki orang dibawah pimpinan untuk menjalankan beberapa tugas. Bagaimana untuk memberi motivasi dan komited orang dibawah pimpinan untuk menjalankan tugas adalah bergantung dalam bagaimana mereka menerima anda sebagai pemimpin mereka. Persepsi dan hubungan mereka dengan anda akan terbentuk melalui tinjauan, interaksi dan pengalaman terhadap anda. Secara amnya, sebagai pemimpin, kamu boleh menunjukkan 3 sumber galakkan yang mana ianya boleh memberikan kesan terhadap motivasi dan aksi orang dibawah pimpinan anda.

Tiga sumber galakkan itu ialah:

KUASA RASMI

Ini adalah merupakan kuasa yang diberikan kepada anda daripada organisasi sebagaimana kuasa dan tanggungjawab yang telah diberikan. Dengan kuasa ini, anda akan diperkasa untuk memberikan arahan dan perintah kepada orang dibawah pimpinan. Begitu juga, anda adalah diharapkan untuk mentaati orang yang lebih veteran dan yang lebih tinggi dari anda. Hukuman boleh diberikan kepada sesiapa yang tidak menjalankan arahan atau perintah. Ini adalah suatu yang amat penting didalam situasi dimana ia tidak memerlukan pemimpin untuk mendapatkan kepercayaan daripada orang dibawah pimpinan. Sebagai contoh, jika terdapat pertukaran pemimpin.

Kuasa Rasmi juga membolehkan pemimpin untuk melakukan sesuatu dengan pantas dengan tidak perlu menerangkan arahan atau perintahnya. Ini adalah kerana ianya membolehkan orang dibawah pimpinan menjalankan tugas dengan efisien sewaktu didalam latihan.

Dalam erti kata lain, dengan adanya kedudukan akan memudahkan pemimpin untuk menggalakkan orang dibawah pimpinan tetapi arahan untuk memimpin datang daripada penghormatan (Respect) yang didapati dari mereka. Penghormatan ini harus didapati melalui demonstrasi pengetahuan pemimpin, kebolehan dan kualiti untuk memimpin.

PENGETAHUAN PROFESIONAL

Adalah kejadian manusia untuk mendengar dan mentaati sesama sendiri yang kita anggap dan terima sebagai pemimpin yang memiliki pengetahuan dan kemahiran. Sebagai contoh, kita tidak akan mempersoalkan seorang doktor yang menyuruh kita untuk memakan ubat 3 kali sehari untuk memulihkan penyakit kita. Begitu juga orang dibawah pimpinan akan mentaati pemimpin yang mereka anggap sebagai penguasa didalam sesuatu perkara yang mana pengetahuan professional yang mereka kurang.

Disini, anda adalah dilihat sebagai seorang pemimpin yang mengetahui apa yang terbaik untuk orang dibawah pimpinannya dan apa yang harus dilakukan. Orang dibawah pimpinan akan berkeyakinan terhadap pemimpin dan mereka akan melakukan apa saja yang diarahkan. Dari itu anda hendaklah mengetahui dan mempraktikkan segala pengetahuan yang dimiliki didalam sesuatu bidang. Namun, kekuatan galakkan anda adalah terbatas didalam pengetahuan yang kamu mahiri dan pelajari. Sebagaimana kita tidak dapat menguasai dalam pelbagai aspek, sumber galakkan ini tidak mencukupi untuk memenuhi kecermerlangan kepimpinan.

KEBOLEHAN DAN KUALITI

Selain dari pengetahuan professional dan kemahiran pemimpin, banyak orang bawahan melakukan sesuatu tugas dengan adanya imbalan balik atau takut untuk dihukum. Untuk menjadikannya effektif, pemimpin perlu memiliki beberapa kebolehan dan kualiti. Ianya perlulah sensitif kepada keperluan, motivasi dan apa saja yang berkaitan dengan orang yang dibawah pimpinan.

Pemimpin juga perlu mengadakan kemahiran interpersonal yang baik dan mengaplikasikannya dan memberikan motivasi orang yang dibawah pimpinan dengan memberikan penghargaan darisegi material atau psychology atau memberikan amaran tentang hukuman yang akan diberikan.

Sumber:
SAFTI Leadership Handbook