Oleh: Knowledge Seeker
Pelbagai definisi telah dibuat untuk menerangkan erti cemerlang yang ditinjau melalui berbagai sudut dan aspek.Namun untuk memahami erti cemerlang, dalam bahasa inggeris cemerlang bermaksud excellence. Excellence menurut The American Heritage Dictionary of the English Language: Fourth Edition 2000 bermaksud "The State, quality or condition of excelling;superiority.
Didalam kamus dewan, ianya bermaksud "bersinar (bercahaya) dengan terang sekali, berkilauan, gilang-gemilang; (berkenaan) kejayaan, keputusan yang sangat baik.
Kecemerlangan itu terbahagi kepada dua:
1. Kecemerlangan jangka masa pendek (Sementara) seperti kecemerlangan dalam bidang akademik, kerjaya, sukan, dan lain-lain.
2. Kecemerlangan hakiki (Berkekalan) iaitu kecemerlangan kemuncak yang tidak memerlukan kecemerlangan yang lain selepas itu.
Namun kita tidak semestinya memandang kecil kepada kecemerlangan dunia. Kecemerlangan dunia hanya akan bermakna apabila ia menjadi alat bagi mencapai kecemerlangan akhirat.
Tertakluklah kepada kita untuk mengimbangi untuk mencapai kedua-dua kecemerlangan.
Sumber:
'Tip-tip cemerlang daripada Al-Quran' oleh Dr. Danial Zainal Abidin.