Oleh: Knowledge Seeker
Gejala sosial yang sering berlaku pada masa kini sangat membimbangkan. Walaupun dalam konteks Negara Brunei Darussalam, gejala social bukan di tahap kriktikal, namun ianya adalah ditahap yang sangat membimbangkan yang memberikan impak yang negative pada Negara. Namun jika kita hanya membincangkan mengenai dengan impak atau kesan, semuanya hanya sia-sia. Tetapi kita harus mengambil langkah yang berkesan demi untuk mengurangkan dan seterusnya membenteras permasalahan ini.
Seorang Doktor akan membuat diagnosis sebelum memberikan rawatan terhadap pesakit-pesakitnya. Dalam konteks perbincangan ini, Sebelum mengambil langkah untuk menangani penyakit social ini, kita mestilah melihat punca bagaimana permasalahan ini berlaku.
Kurangnya pendidikan agama adalah merupakan satu punca yang utama didalam permasalahan ini. Ibubapa adalah memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan anak-anak dalam memiliki nilai-nilai keagamaan yang komprehensif. Ini adalah kerana, dengan adanya pendidikan agama, ianya dapat membentuk seorang insan untuk dapat membezakan diantara yang baik dan mungkar. Dalam erti kata lain, pendidikan agama itu dapat membentuk akhlak yang mulia yang kesannya dapat membentuk tunas bangsa kita supaya dapat sama-sama membangunkan Negara bukannya meruntuhkan dan memalukan bangsa.
Dari sudut individu pula, mempelajari ilmu agama juga tidak akan mencukupi. Mengapa gejala-gejala sosial masih berlaku sedangkan mempelajari ilmu agama adalah diwajibkan dikurikulum sekolah-sekolah. Ini adalah kerana individu tersebut hanya mempelajari matapelajaran agama hanya untuk memenuhi syarat untuk mencukupi matapelajaran dan hanya untuk mengambil kelulusan untuk melayakkan diri keperingkat seterusnya. Sepatutnya, ilmu keagamaan tersebut haruslah dihayati dan dipraktikkan, bukan hanya disimpan dikepala dan dicurahkah diatas kertas. Tetapi ilmu tersebut perlu disimpan didalam hati dan dicurahkan melalui pergerakkan hati dan fizikal.
Kurangnya penjagaan ibubapa didalam memantau kegiatan anak-anak juga merupakan salah satu punca terjadinya masalah ini. Ibubapa yang tidak memberikan perhatian terhadap pergaulan anak-anak dapat memberikan kesan yang negative kepada anak-anak. Seharusnya ibubapa perlu tahu kegiatan-kegiatan anak mereka, dengan siapa mereka keluar, dengan siapa mereka berkawan dan sebagainya. Dengan mengetahui hal-ehwal anak, sekurang-kurangnya mereka akan dapat merasakan diri mereka dihargai dan disayangi. Remaja tidak terkecuali untuk merasakan tekanan samada tekanan disebabkan pelajaran atau seumpamanya, kemanakah mereka hendak mengadu dan melepaskan tekanan tersebut? Kebanyakkan remaja akan mengadu kepada kedua orang tua mereka. Apa akan terjadi jika ibubapa tidak memberikan perhatian? Sudah tentu mereka akan mencari alternatif yang lain untuk melepaskan tekanan tersebut. Berbalik semula kepada didikan agama. Dengan berbekalkan ilmu agama, walaupun remaja tidak ada tempat mengadu, namun dirinya tetap saja tenang dan akan menghindarkan diri dari melakukan perkara yang mungkar. Dengan sentiasa ingat akan Allah, hati mereka akan merasa tenang kerana sesungguhnya Allah itu hampir dengan hamba-hambanya.
Arus pembangunan dan kemajuan tidak mengecualikan didalam memberikan impak yang negatif. Walaupun teknologi dapat memberikan maklumat dan ilmu secara mudah, namun jika teknologi disalahgunakan, maka maklumat yang tidak berfaedah juga akan mudah diperolehi. Melayari laman-laman web yang tidak bermoral dapat memberikan kesan yang negatif terhadap akhlak individu tersebut. Disini ia menggalakkan individu tersebut sikap ingin mencuba atau sikap IT (IT bukan bermaksud info teknologi tetapi ‘ingin tahu’). Melalui inilah boleh berlakunya gejala sosial seperti melakukan pergaulan bebas dan seterusnya melakukan persetubuhan haram.
Lihatlah cermin, pandanglah diri anda…adakah kita mahu menjadi golongan yang mendapat kemurkaan Allah? Adakah sudah mencukupi untuk menghadapi hari kebangkitan? Adakah kita bersedia untuk menghadap sang pencipta pada hari perhitungan? Sama-samalah kita muhasabah diri dan membersihkan hati agar diri kita, Negara kita dan bangsa kita akan terus maju dan membangun.