Monday, July 21, 2008


SIAPAKAH DIA PEMIMPIN???
Oleh: Knowledge Seeker

Pemimpin ialah orang-orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan tugas-tugas bagi kepentingan orang ramai.

Disini ianya tidak bermaksud pemimpin itu hanya menjadi seorang pemimpin setelah di beri tanggungjawab. Pemimpin itu hendaklah membentuk dirinya sendiri menjadi seorang pemimpin.

Untuk menjadi seorang Pemimpin bukannya perkara mudah. Ianya perlu memiliki sifat-sifat yang positif yang boleh membangun atau memajukan sesebuah organisasi.

Seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“MANA-MANA PEMIMPIN/PEMERINTAH YANG MEMERINTAH RAKYATNYA YANG TERDIRI DARIPADA ORANG-ORANG ISLAM LALU DIA MATI DALAM HAL KEADAAN MENIPU MEREKA MAKA ALLAH TA`ALA AKAN MENGHARAMKAN NYA DARI MEMASUKI SYURGA”

Disini kita dapat lihat yang mana tanggungjawab sebagai seorang pemimpin sangat besar. Dalam hadith diatas Maksud RAKYAT dalam erti kata lain ialah ORANG BAWAHAN PEMIMPIN. Jika kita tidak begitu celik dalam hal kepimpinan kita hendaklah mempelajari bagaimana menjadi seorang pemimpin.

Allah Ta`ala berfirman dalam Al Quraan dalam surah Al Baqarah ayat 30 yang tafsirnya:

“ dan ingatlah. Ketika tuhanmu berkata kepada malaikat:
“ sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah(pemimpin) di muka bumi”.

Melalui ini kita dapat lihat yang mana tujuan manusia itu di jadikan ialah untuk dijadikan seorang pemimpin yang sentiasa taat kepada perintah Allah dan memimpin manusia kearah keamanan.

Firman Allah dalam surah ADZ-DZARIYAT ayat 56 yang tafsirnya:

“ Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah (beribadat) kepadaku”

Melalui hadith dan Firman diatas ianya menerangkan bahawa sebagai seorang pemimpin kita wajib mentaati perintah Allah walaupun kita sibuk dalam hal menguruskan urusan kita sebagai seorang pemimpin kerana Seorang pemimpin yang baik ialah Pemimpin yang menjalankan tanggungjawabnya kepada Allah dan juga kepada orang ramai.

Seorang pemimpin tidak akan berjaya menjadi pemimpin yang berkelibar sekiranya dia sendiri tidak membentuk dirinya sebagai seorang pemimpin.

Pemimpin itu sendiri membentuk dirinya menjadi seorang pemimpin bukan orang lain yang membentuk menjadi seorang pemimpin.

Ciri-ciri seorang pemimpin:

SEMANGAT MENDORONG DIRI SENDIRI

Bersemangat dan memupuk jiwa kepimpinan dalam diri dan boleh menghilangkan rasa takut untuk menghadapi segala rintangan.

PENGETAHUAN

Harus memiliki pengetahuan yang mendalam dalam bidangnya, harus mengetahui aspek-aspek operasi apa yang di ceburinya tetapi juga harus tahu tentang orang-orang bawahannya (memahami perasaan orang bawahannya).

KEMAMPUAN UNTUK MERANCANG

Merancang dan mengatur ahli bawahanya & memberitahu tentang matlamat tugas kepada ahli (memberitahu apakah tujuan untuk mereka untuk melakukan tugas itu).

DAYA IMIGINASI

Sentiasa berfikir dan bertindak dengan daya imiginasi yang membina. (Berinnovasi)

KUASA PEMUTUS

Berkuasa membuat setiap Keputusan. Bersikap terbuka untuk mendapatkan keputusan yang baik. Tetapi tidak selalu bersikap terbuka pada saat-saat hendak membuat keputusan. Bertindak tegas tetapi tidak dipengaruhi emosi.

Manakala Hamphill dan Alvin E.Goons membuat penyelidikan di OHIO STATE UNIVERSITY telah mengariskan 9 ciri kepimpinan yang berkesan iaitu:


INISIATIF
Pemimpin dapat mengeluarkan idea-idea baru yang boleh diterima oleh orang yang di pimpinnya.

REPRESENTATIF
Pemimpin dapat bertindak sebagai wakil kumpulannya dan bertanggungjawab terhadap ahli-ahli dalam kumpulannya.

KEANGGOTAAN
Pemimpin dapat bergaul dan mewujudkan hubungan informal dengan ahli-ahlinya.

KOMUNIKASI
Pemimpin dapat memberikan maklumat yang diperlukan oleh ahli/dapat memberikan informasi tentang tugas-tugas ahli-ahlinya.

INTEGRASI
Pemimpin dapat mengurangkan konflik di kalangan anggotanya dan dapat mempertingkatkan penyesuaian individu di dalam kumpulan.

PENCAPAIAN
Pemimpin sentiasa merancang untuk meningkatkan pencapaian ahli-ahlinya.

KUASA
Pemimpin dapat menggunakan kuasa membuat keputusan terutama dalam membuat keputusan, bertindak dan memberi pendapat.

PENGAGIHAN TUGAS
Pemimpin dapat menentukan tugas ahli-ahli dengan cara adil.

PENGHARGAAN
Pemimpin dapat memberikan penghargaan dan teguran kepada ahli-ahlinya.


Sifat kepimpinan yang diamalkan oleh Rasulullah (Secara rumusan):

Beriman
Bertaqwa
Bersembahyang
Adil
Amanah
Memelihara kehormatan
Berjihad ke jalan Allah
Benar
Sabar
Taat kepada Allah dan Rasul
Menyuruh membuat kebaikkan dan menegah kemungkaran
Menjauhkan diri dari segala macam kejahatan,
Tidak membuat kerosakkan di bumi Allah
Tidak fasiq
Beramal soleh dan bersifat terpuji

APA DIA KEPIMPINAN??

Ø Kepimpinan memerlukan pemimpin dan pengikut

Ø Memimpin bererti menunjuk jalan atau arah, mendidik, menolong, mengawal dan mengarah.

Ø Kepimpinan adalah sebagai daya penggerak yang membuat orang lain mengikut atau membuat sesuatu dengan sukarela
(Mohd Khalid Yusof 1983)

Dua bentuk atau gaya kepimpinan yang asas:

1. Gaya mementingkan kerja (Task oriented style )
2. Gaya kepimpinan yang mementingkan orang atau pekerja( Human-oriented style )

GAYA MEMENTINGKAN KERJA
(TASK ORIENTED STYLE )

Ø Pemimpin yang lebih mementingkan tugas para pekerja yang di bawahnya daripada hubungan kemanusiaan

GAYA KEPIMPINAN YANG MEMENTINGKAN ORANG ATAU PEKERJA
(HUMAN ORIENTED STYLE )

Ø Pemimpin yang lebih mementingkan hubungan kemanusiaan daripada beban tugas yang diberi kepada para pekerja.

Berdasarkan YULK (1971), STOGDILL (1974) dan LAWLER (1973), ianya telah menggariskan 3 cara kepimpinan:

1. Gaya AUTORITARIAN
2. Gaya DEMOKRATIK
3. Gaya LAISSEZ FAIRE

GAYA AUTORITARIAN

Ø Mempunyai ciri tingkah laku yang mengutamakan struktur,
Ø Menggunakan masa penuh dalam pentadbiran, menekankan pengeluaran yang tinggi di dalam organisasi dan menganggap pekerja sebagai alat dalam mencapai matalamat organisasi.

GAYA DEMOKRATIK

Ø Lebih bertimbang rasa,
Ø Tidak menekankan atau menggunakan kuasa sepenuhnya,
Ø Sentiasa mengadakan perbincangan dengan orang bawahannya, memberikan peluang kepada orang bawahannya untuk membuat sesuatu keputusan.

GAYA LAISSEZ FAIRE

Ø Memberi kebenaran sepenuhnya kepada orang bawahannya,
Ø Pemimpin sebegini bertindak sebagai penasihat atau pemimbing sahaja,
Ø Kepimpinan sebegini selalu diamalkan didalam organisasi yang keahliannya terdiri daripada ahli-ahli professional seperti UNIVERSITI.