Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah   
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini  ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi  Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a -  Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan  "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"  
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w  paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan  murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang  sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat -  Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.   
 
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,  penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak  3X. 
 
5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu  sebutkan. 
 
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali  mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.  katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka) 
 
7. Program  minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam  mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak  jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian  saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur  sehingga keesokan harinya
 
 
 
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari  melakukan perkara-perkara kejahatan. 
 
9. Cuba ingat  tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati  kerana bimbang akan mati bila- bila masa). 
 
10. Kekalkan wuduk. 
 
11.  Bersedekah. 
 
12. Belanja orang makan. 
 
13. Jaga makanan - jangan makan  makanan yang subhat. 
 
14. Berkawan dengan ulama. 
 
15. Berkawan dengan  orang miskin (menginsafi). 
 
16. Pesan pada orang, jadi baik. 
 
17. Menjaga  pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.
Source; Asy's Site