Wednesday, July 1, 2009

NUKILAN CINTA KEPADA ILLAHI

Cinta pada illahi,
Cinta kekal abadi,
Cinta yang tidak dapat dilupai,
Jika dilupai,dilepasi,
Itulah orang merugi,
Merugi hingga akhir nanti,
Tidak disayangi,tidak dicintai oleh Yang Maha Menyayangi,
Ku tanam dalam hati,
Cinta ini untukmu illahi,
Izinkan aku mencintamu Ya illahi,
Memiliki cintamu yang bernilai tinggi,
Tinggi yang tak mampu aku bayangi,
Izinkan aku mencintai hambamu yang mencintaimu Ya illahi,
Keranamu aku mencintai hambamu yang mencintaimu Ya illahi,
Hidup dan matiku keranamu,
Jiwa raga ini milikmu,ciptaanmu,
Kejalan engkau redhai dalam mencinta Insan ciptaanmu,
Hanya dalam hati ia tersimpan,
Tersimpan hingga nanti,
Hingga engkau menjemputku pergi tak kembali,
Sesungguhnya engkau memahami,
Memahami akan isi hati ini,
Berserah diri ini kepada mu Ya illahi,
Berilah ketenangan kepada kami,
Berilah rahmat dan kekalkanlah petunjukmu pada kami,
Amin..Amin..Amin..Ya Rabal alamin..

5:00PM Kiulap 1 Julai 2009

Friday, June 26, 2009

NUKILAN CAHAYA

Hidupku umpama berjalan diwaktu malam,
Kekadang terang kekadang gelap,
Kelak menunggu waktu siang mengharap cahaya,
Cahaya keredhaanNya,
Agar dapat digunakan diwaktu malam nanti,
Itulah kehidupan manusia,
Umpama pergantian malam dan siang,
Gelap dan terang,
Diwaktu gelap gunakan cahaya yang diperolehi diwaktu terang,
Jangan sia-siakan diwaktu terangmu,
Gunakan ia sebagai persediaan,
Mudahan Allah membantu kita untuk mendapatkan cahaya itu.

3:00PM 26/06/2009 Knowledgeseeker

Friday, June 19, 2009

NUKILAN HATIKU

Oleh: Knowledgeseeker

Pabila manusia diserang penyakit dunia,
maka hilang akhiratnya,
nafsu bermaharajalela,
akal entah kemana,
fitnah,mengumpat,takbur,ujub,ria,
bermain didalam jiwa manusia,
penyakit dunia melanda tapi tak siapa yang memperdulikanya,
hanya segelintir saja,
arak menjadi minuman biasa,
ibubapa tidak dihormati,
kemanakah nilai diri sebagai khalifah Allah dimuka bumi,
pelacuran dimana-mana,
lahirnya anak-anak diluar nikah,
dimanakah kita? dimana?

Inilah dunia wahai saudaraku, sama-samalah kita berdoa memohon perlindungan dari perkara-perkara dosa. Ya Allah lindungilah kami dari perkara-perkara yang menuju kerosakkan dan dosa dimuka bumimu ini.

Monday, April 13, 2009

MENANTI DI BARZAKH - Far East

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Tuesday, April 7, 2009

KEMATIAN

Oleh: Knowledgeseeker

Saudara-saudari, adakah kita menyedari bahawa sejak kebelakangan ini hari demi hari kematian berlaku? Mungkin kita menyedarinya ataupun mungkin tidak. Berita keluarga yang selalu kedengaran diradio-radio telah membuka fikiran saya. Membuka minda saya untuk mengingat akan saat kematian…

Kita renung Firman Allah dalam Surah Al-Jumu’ah ayat 8:

“ Katakanlah, sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu. ”

Setiap yang bermula pasti akan berakhir, setiap yang hidup pasti akan mati dan binasa kecuali Zat Allah. Timbul difikiran saya untuk serba sedikit menghuraikan tentang kematian.

Manusia diciptakan daripada tanah dan akhirnya juga akan kembali ketanah. Manusia itu terbahagi kepada dua unsur iaitu ROH dan JASAD. Dari dulu hingga sekarang hanya sedikit sahaja penghuraian yang dapat dihuraikan oleh manusia tentang roh. Ini adalah kerana roh itu adalah urusan dan pengetahuan Allah yang Maha Pencipta sebagaimana Firmannya Al Isrã’ ayat 85:

“ Dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang roh. Katakanlah, Roh itu termasuk urusan Tuhanku, sedangkan kamu diberikan pengetahuan hanya sedikit. ”

Kita tumpukan perbincangan kita kepada jasad. Jasad yang terdiri daripada daging-daging, tulang-tulang, urat saraf dan sebagainya akan hanya berfungsi jika terdapat roh didalam jasad tersebut. Jika tidak ada roh maka jasad tersebut dikatakan mati. Tetapi semasa kita tidur roh kita tidak ada pada jasad kita tetapi ianya tidak putus daripada jasad dan dipegang dan dipelihara oleh Allah dan apabila kita terjaga maka roh kita akan kembali semula kedalam jasad kita.

Mati yang sebenarnya ialah terputusnya hubungan roh dengan jasad. Apabila tergugurnya daun dari Arash Allah yang tertulis nama kita lalu malaikat Izrail akan mengutipnya dan membuat persediaannya untuk menjemput kita kembali kepada Allah maka disanalah kematian akan menjemput kita.

Timbul difikiran saya, bagaimanakah, bilakah, dimanakah saya akan mati? Itu hanya diketahui oleh Allah Yang Maha Mengetahui. Yang hanya mampu saya dan anda lakukan untuk berdepan disaat hari kematian itu adalah mempersiapkan diri dengan Amal Kebajikkan. Adakah kita sudah mempersiapkannya sedari awal? Ataupun tidak? Maka saya mengingatkan diri saya dan anda sekalian untuk sama-sama memuhasabah diri kita.

Bagaimanakah keadaan apabila sampai ajal? Berkata Ibnu Mas’ud Radhiallahu ‘anhu:

“ Apabila datang Malakul Maut untuk mengambil nyawa orang mukmin dia berkata kepadanya: “Tuhanmu memberi salam kepadamu”. “

Begitulah Malakul Maut memberikan salam kepada orang yang mukmin. Tidak akan dicabut nyawa seorang mukmin itu sehinggalah dia disentosakan daripada seksa dengan salam keatasnya. (Jambatan Ke Akhirat oleh Phin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia DR Ustaz Haji Awang Abdul bin Juned Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam).

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah sebuah hadis marfu ‘ :

“ Lalu hadirlah para malaikat ketika naik nyawa seorang hamba. Jika dia seorang yang salih, maka berkatalah para malaikat itu:

“ keluarlah wahai jiwa yang tenang yang ada dalam tubuh yang baik, keluarlah di dalam keadaan terpuji, serta bergembiralah dengan rauh(kesenangan) dan raihan(bau yang harum) dan Tuhan pula redha kepadamu tiada murka”

Maka (ucapan ini) sentiasalah diulang sehingga sampai dia ke langit. Lalu menbuka baginya tujuh pintu petala langit sehingga sampai pula dia ke hadhrat Allah Yang Maha Kula Lagi Maha Besar”

Sekiranya hamba itu seorang yang jahat (ahli maksiat) akan berkata Malakul Maut:

“Keluarlah engkau, wahai jiwa yang kotor, yang berada dalam tubuh yang jahat, keluarlah dengan keadaanmu yang keji dan bergembiralah dengan Hamim (Keadaan yang sangat panas) dan ghasak (keadaan yang sangat sejuk) yang busuk tiada bandingannya.”

Maka berkali-kalilah ucapan itu akan diulang sehingga nyawa keluar.


Saudara dan saudari, salah satu langkah untuk membersihkan hati ialah mengingati mati. Rasulullah sendiri menganjurkan untuk sentiasa mengingati mati sebagaimana sabda baginda yang bermaksud:

“Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, katanya:
“Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Hendaklah kamu banyak-banyak mengingati pemutus kenikmatan (mati)”

Kita fokuskan kepada hadith Rasulullah diatas mengenai pemutus kenikmatan (mati). Mengapakah baginda menerangkan mati itu pemutus kenikmatan? Kita sendiri dapat merasakannya segala nikmat yang kita nikmati ini pasti akan berakhir. Tetapi bilakah ianya akan berakhir? Timbul difikiran kita. Ianya pasti akan berakhir setelah kehadiran mati. Dengan kehadiran matilah semua nikmat, harta, pangkat dan seumpamanya akan ditinggalkan. Hanya amalanlah yang akan dibawa.

Apa guna pingat atau bintang yang tersemat didada? Pasti ia akan ditinggalkan. Apa guna kereta mewah? Pakaian yang mahal? Kasut yang mahal? Rumah yang besar? Wang yang banyak? Pasti ia akan ditinggalkan.

Sekarang, apa yang perlu ialah meningkatkan amal kebajikkan kita untuk mempersiapkan diri kita sebelum kedatangan ajal. Akhirnya kita perhatikan apa yang dikatakan oleh Sayidina Ali r.a:

“Hak Allah itu ada 3: Mengerjakan suruhannya, Meninggalkan larangannya dan Meredhai qadha dan qadarnya.”

Monday, March 2, 2009

BEBERAPA JENIS MANUSIA

Oleh: Knowledgeseeker

Berikut adalah secebis ilmu yang saya ingin kongsikan bersama anda semua. Dunia yang kita diami ini mempunyai bermacam ragam termasuklah manusia. Manusia diciptakan yang bermula daripada nabi Adam dan Hawa sehinggalah kehari ini.

Namun manusia tidak dijadikan hanya satu jenis tetapi bermacam ragam. Apa yang bakal saya kongsikan ini hanya menjurus kepada satu aspek atau sudut bukanlah merangkumi kesemua aspek. Marilah kita lihat apa yang telah dikatakan oleh Al-Khalil bin Ahmad yang dipetik daripada buku ringkasan Ihya Ulumuddin oleh Imam Al Ghazali.

Al-Khalil bin Ahmad mengatakan bahawa manusia itu ada 4 jenis:

1. Ada orang yang tahu dan tahu bahawa ia mengetahui, maka inilah orang alim dan ikutilah ia.

Huraian:
Apa yang dimaksudkan disini ialah seseorang itu berilmu dan berpengetahuan dan ia mengetahui bahawa ia memiliki ilmu dan memiliki potensi yang ada pada dirinya. Disamping itu ia juga mengamalkan apa yang dipelajarinya itu.

2. Ada orang yang tahu dan tidak tahu bahawa ia mengetahui, maka itulah orang yang tidur dan bangunkanlah ia.

Huraian:
Yang dimaksudkan disini ialah seseorang itu berilmu tetapi ia tidak mengetahui dan menyedari bahawa ia mengetahui sesuatu itu dan tidak menyedari bahawa ia sebenarnya memiliki potensi.

3. Ada orang yang tidak tahu dan ia tahu bahawa ia tidak mengetahui, maka itulah orang yang memerlukan bimbingan dan ajarilah ia.

Huraian:
Seseorang itu tidak mengetahui sesuatu itu dan ia sedar dan mengetahui bahawa ia tidak mengetahui. Sebagai contoh Seorang murid yang ingin mempelajari matematik. Mengapakah ia mahu mempelajarinya? Ini adalah kerana ia mengetahui bahawa ia tidak tahu mengenai matematik. Mengapakah kita bertanya tentang sesuatu yang kita tidak ketahui? Itu adalah kerana kita menyedari bahawa kita tidak mengetahui.

4. Ada orang yang tidak tahu dan ia tidak tahu bahawa ia tidak mengetahui, maka itulah orang yang bodoh dan waspadalah terhadapnya.

Huraian:
Orang yang sebegini sangat bahaya kerana sebenarnya ia tidak mengetahui tentang sesuatu itu dan tidak sedar bahawa ia sebenarnya tidak mengetahui.

Sekianlah saja yang dapat saya kongsikan bersama anda sekalian, mudahan Allah akan memberi hidayah kepada kita agar kita akan tetap diberikan rezeki ilmu yang bermanfaat.

Wednesday, February 25, 2009

TANDA-TANDA KEMATIAN (SELEPAS ASAR)

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.



TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akandicabutnya.



TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.



TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.



TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.



TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnyaakan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatanganmalaika tmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak dan sunat hukumnya.

Wallahuwa'lam