Saturday, February 13, 2010

NUKILAN MANUSIA

SIAPA DIA MANUSIA?

Apabila difahami manusia adalah salah satu makhluk ciptaan Allah yang mana didalam Al Quran pelbagai perkataan yang telah digunakan bagi merujuk kepada manusia itu sendiri seperti Wahai Manusia, Wahai Bani Adam. Manusia tidak akan tercipta jika tidak ada yang menciptakannya. Allah lah yang telah menciptakan manusia sebagaimana firmanNya dalam Surah Al-Mukminun ayat 12 hingga 14:

12. dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;

13. kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan Yang kukuh;

14. kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu Dengan daging. setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk Dia menjadi makhluk Yang lain sifat keadaannya. maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.

Begitulah Allah menerangkan bagaimana Dia menciptakan manusia. Manusia adalah makhluk yang dikurniakan nafsu dan akal. Berbeza dengan binatang dan malaikat. Binatang hanya dikurniakan nafsu dan malaikat pula dikurniakan akal. Ini menunjukkan manusia telah dimuliakan oleh Allah sendiri.

KENAPA MANUSIA DIJADIKAN?

Firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 30:

30. dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"…..

Melalui firman diatas menunjukkan manusia diciptakan atau dijadikan adalah untuk dijadikan khalifah dimuka bumi. Khalifah yakni pemimpin adalah seseorang yang memimpin diri sendiri dan umat manusia menuju kepada jalan keredhaan Allah dan sentiasa mengerjakan ketaatan kepada Allah sebagaimana firman Allah dalam Surah Adz Zariyaat ayat 56:

56. dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Jelaslah bahawa manusia diciptakan didunia untuk mengerjakan ketaatan kepada Allah dengan mematuhi segala perintahnya dan meninggalkan segala apa jua larangannya.

APA TUJUAN HIDUP MANUSIA DIDUNIA?

Manusia diberi kesempatan untuk hidup didunia adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah yang mana manusia diciptakan adalah untuk menjadi khalifah dan hamba Allah. Dalam mengabdikan diri kepada Allah, perlulah memiliki pedoman ataupun cara yang betul agar manusia dapat kebahagiaan didunia mahupun diakhirat. Dalam proses penerimaan tunjuk ajar yang betul dan lurus maka dengan sebab itulah para Rasul telah diutus oleh Allah bagi menyampaikan syariat dan tunjuk ajar yang betul agar mendapat keredhaan daripada Allah.

Diantara tujuan manusia diciptakan oleh Allah ialah sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini dalam surah Adz Zariyaat ayat 56:

56. dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Dalam ayat diatas menerangkan bahawa Allah tidak akan menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadat kepadaNya. Dengan mengerjakan ketaatan kepada Allah maka, manusia akan menerima balasan yang baik samada didunia mahupun diakhirat begitu pula sebaliknya jika melakukan kemungkaran maka akan dibalas dengan seksaan.

APAKAH PERKARA YANG PERLU DIMILIKI DAN DILAKUKAN OLEH MANUSIA UNTUK MEMENUHI TUJUAN HIDUP?

Perkara yang perlu ada dalam diri manusia ialah keimanan kepada Allah dan RasulNya dan juga beriman kepada rukun iman yang enam. Dengan adanya keimanan kepada Allah, maka akan sendirinya melakukan beberapa perkara yang telah digariskan oleh Islam seperti mengerjakan sembahyang 5 waktu, mengeluarkan zakat dan sebagainya.

Sebagaimana yang telah diterangkan diatas tujuan manusia hidup adalah untuk melakukan ketaatan kepada Allah. Melakukan ketaatan adalah dengan mengerjakan apa yang telah disuruh dan diperintahkan oleh Allah. Dengan mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang maka sudah tentu tujuan hidup akan dapat dipenuhi disamping mendapat kebahagiaan didunia dan diakhirat.

APAKAH PANDUAN HIDUP MANUSIA?

Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 19

19. Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.

Islam adalah merupakan agama yang benar untuk dianuti oleh setiap manusia. Inilah sebenarnya yang menjadi panduan bagi semua umat manusia bagi mencapai kebahagiaan. Islam adalah cara hidup yang lengkap yang mana islam itu sendiri berpandukan kepada Al Quran iaitu kalam Allah yang menerangkan hukum kehidupan yang lengkap dan juga berpandukan kepada sunah Rasulullah. Dengan berpandukan Islam maka manusia akan mendapatkan jalan kebenaran yang sebenar-benarnya. Disamping itu juga akal adalah satu agen yang penting yang juga dijadikan panduan tetapi perlu juga berpandukan kepada Islam itu sendiri. Akal saja tidak akan dapat memberikan kebenaran jika tidak berpandukan kepada Al Quran dan Sunnah Rasulullah.

KEMANAKAH MANUSIA SELEPAS MATI?

Pada hakikatnya, manusia perlu melalui beberapa alam untuk sampai kealam yang kekal abadi iaitu alam akhirat:

1. Alam Roh

2. Alam Rahim

3. Alam Dunia

4. Alam Barzakh

5. Alam Akhirat

Sekarang, manusia yakni kita sedang berada didalam alam dunia namun selepas kematian manusia akan berpindah kealam barzakh sebelum melangkah kealam akhirat. Begitulah kemana manusia selepas mati iaitu hidup dialam barzakh.

Monday, January 25, 2010

NUKILAN: CINTAKU HANYA ILLAHI YANG MENGETAHUI

Cinta,
Datang dari hati,
Ia pemberian Illahi,
Illahi Ya Raabi,
Cinta,
Ku dakap engkau dalam jiwaku,
Hanya engkau Ya Illahi mengetahui,
Mengetahui betapa dalamnya cintaku ini,
Betapa besarnya harapanku pada cintaku ini,
Cinta,
Kau ku simpan dalam diri ini,
Ku sematkan ia dijiwa sanubari ini,
Mata tak mampu melihatnya kerana ia terlalu dalam,
Terlalu jauh dalam lubuk hati ini untuk dilihat,
Hanya kau Ya Illahi yang tahu,
Hanya kau Ya Illahi,
Hanya kau Ya Illahi betapa tingginya cintaku ini,
Cintaku yang ku cintai di dunia dan di akhirat,
Jangan pernah di ragui,
Terimalah pengharapanku ini Ya Illahi,
Terimalah tadahan tanganku Ya Illahi,
Terimalah, Terimalah

NUKILAN: JANTUNGKU BERDEGUP

Ku letakkan tanganku didadaku,
Ku rasakan jantungku masih berdegup,
Bergegup dengan izinNya,
Ia berzikir Allah, Allah, Allah tak henti-henti,
Ku berharap ia belum berhenti berdegup dan berzikir,
Belum puas dan masih belum cukup ibadatku Ya Illahi,
Kuatkan aku,
Kuatkan aku,
Kuatkan aku.

NUKILAN: QURAN MUKJIZAT RASULULLAH

Ya Illahi,
Mukjizat basar Muhammad Rasulullah sebagai penenang jiwa,
Pembersih hati,
Pembaikkan akhlak,
Kalam mu sangat indah,
Sebagai petunjuk,
Sebagai hidayah,
Sebagai peraturan hidup,
Inilah Furqan yang diturunkan kepada Rasulullah,
Membawa cahaya hidayah,
Tak sesiapapun dapat menyerupainya,
Bukan bahan bacaan biasa,
Ia kalam,
Ia Firman Tuhan,
Ya Illahi,
Jadikan hambamu ini ahli dalam Quran,
Memahaminya,
Menghafaznya,
Agar jiwa kami tenang,
Terbebas dari kebinasaan akhlak dan jiwa.

1.37PM 10/7/2009 Kiulap

NUKILAN: AKU LALAI

Ku Buka mataku,
Melihat keadaan sekeliling,
Aku menyedari,
Menyedari aku kekadang lupa akan nikmat,
Nikmat yang diberi Illahi,
Panggilan dunia yang mendayu-dayu,
Membuai ingatanku pada Yang Maha Kuasa,
Yang Mencipta aku,
Aku lalai,
Aku leka,
Ya Illahi bukakan pintu hidayahmu,
Kekalkan cahaya iman dalam hatiku,
Kuatkan aku,
Kukuhkan iman dalam hati ini,
Aku tak mampu tanpa redha dan kurnia Ya Illahi,
Dengan niat khalis ini,
Aku mohon istiqomah dalam menunaikan ibadatku keranamu,
Aku mohon.....

Saturday, January 23, 2010

NUKILAN: TEKS CERAMAH MAJLIS PERJUMPAAN DAN KOKURIKULUM TAHUN 1 KUPU SB

Oleh: Knowledgeseeker
Yang Mulia Ustazah Dr Hj Masnon binti Hj Ibrahim
Raes KUPU SB,
Yang Mulia Dr Hj Abdullah bin Hj Awang Lampoh
Timbalan Raes KUPU SB,
Yang Mulia Ustaz Hj Abd Rahim bin Hj Gantang
Pendaftar KUPU SB
Pegawai-pegawai Utama, Dekan-dekan, Pengarah-pengarah, Pensyarah-pensyarah, Siswa dan Siswi serta para hadirin hadirat sekalian.

Asalamulaikum warah matullahi wabarakatuh,

Hadirin hadirat yang saya hormati sekalian, pertama-tama saya mengajak diri saya dan anda semua untuk mensyukuri nikmat Allah yang telah diberikan kepada kita. Yang mana salah satu nikmat yang diberikan kepada kita ialah menjadi salah seorang siswa dan siswi KUPU SB. Menjadi sebahagian daripada warga KUPU SB adalah merupakan satu nikmat yang diberikan oleh Allah. Mengapa saya berkata demikian? Ini adalah kerana kita yakni sebagai pelajar disini diberi peluang untuk menuntut ilmu dan menimba pengetahuan yang sangat berharga. Ilmu yang diajarkan disini adalah merupakan ilmu untuk kegunaan dunia dan akhirat.

Namun yang demikian, apa yang saya ingin timbulkan disini ialah, walaupun kita sedang berada didalam institusi pendidikan tinggi, dalam erti kata yang lain, kita sedang menuntut ilmu yang boleh dikatakan mendalam, kita tidak seharusnya memiliki sifat-sifat yang buruk seperti ujub. Ujub ialah merasa hairan pada diri sendiri ataupun merasa bangga akan diri sendiri. Ini adalah kerana dengan adanya sifat ujub ini maka keberkatan ilmu itu akan hilang. Apabila ilmu sudah hilang keberkatan maka sudah tentu kita akan tergolong dari golongan yang sesat kerana ketandusan ilmu. Kita lihat kembali sejarah yang pernah diceritakan mengenai dengan Firaun. Firaun yang merasa hairan akan dirinya yang tidak pernah sakit, tidak pernah demam, tidak pernah nya orang kitani bergaru. Namun pada akhirnya ia kecundang dan mati didalam kekufuran.

Kita, walaupun dalam mana-mana peringkat, peringkat diploma, diploma tertinggi, ijazah dan seumpamanya tapi ingatlah semua kelebihan adalah kurniaan Allah yang hanya merupakan pinjaman yang bersifat sementara. Ianya bukanlah milik kita semata-mata. Tapi sebenarnya ianya juga merupakan satu ujian kepada kita sebagai hamba Allah. Cubaan yang bersifat kesenangan menguji setakat mana iman kita, setakat mana kita ingat akan Allah.

Kita sebagai bakal pendidik seharusnya memiliki niat yang tulus ikhlas untuk mempersiapkan diri dengan ilmu yang bakal dikongsikan bukanlah diselangi dengan sifat-sifat yang menyebabkan hilangnya keberkatan. Saya mengajak diri saya, diri anda semua untuk sama-sama memuhasabah diri, mensucikan niat agar niat dan matlamat kita untuk mendidik anak bangsa akan dapat tercapai. Ingatlah, sebelum diri kita dijemput oleh yang Maha Esa, maka renungkanlah tujuan kita berada di sini untuk menuntut ilmu, namun sudah mempelajari sesuatu ilmu janganlah bersifat ujub dan merasakan diri kita saja yang pandai, diri kita saja yang tahu nya orang kitani jangan jadi si tau tapi jadilah seorang pelajar yang ikhlas akan ilmu yang dipelajari agar ia mengandungi keberkatan. Kerana keberkatan didalam menuntut ilmu dapat membantu mencapai kejayaan dan kecemerlangan. Marilah kita memanjatkan doa kepada Allah agar niat suci kita untuk melihat anak bangsa kita menjadi seorang yang berguna untuk agama, bangsa dan Negara akan dikabulkan. Sekian saya sudahi dengan 4 kerat pantun,

Pergi kebandar singgah ke tamu
Mengunjar karipap dan jagung seikat
Persiapkan diri dengan ilmu
Agar hidup sentiasa berkat


Wednesday, August 26, 2009

PETUA IMAM SYAFIE


4 PERKARA UNTUK SIHAT


Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Sumber: Gymyn