Tuesday, October 21, 2008

Mengenal Sifat-sifat wajib bagi Allah

MENGENAL SIFAT-SIFAT WAJIB BAGI ALLAH

Sifat-sifat wajib bagi Allah ada 20 sifat. Sifat-sifat wajib ini telah dibahagikan kepada 4 bahagian. Bahagian-bahagian tersebut ialah:
1. Sifat Nafsiah

2. Sifat Salbiah

3. Sifat Ma’ani

4. Sifat Ma’nawiyah

SIFAT NAFSIAH

Sifat ini ialah sifat zat bagi Allah Ta’ala. Didalam
sifat nafsiah ini, hanya ada satu sifat saja yang terkandung didalamnya iaitu sifat Wujud. Wujudnya Allah adalah tetap ada, benar ada, adanya Allah tidak disebabkan oleh sesuatu sebab.

Huraian Sifat Wujud


Wujud ertinya ada. Allah itu wajib bersifat wujud dan
mustahil bagi Allah bersifat tiada. Wujud Allah ialah wujud zali iaitu adanya Allah itu kerana zatnya, wujudnya Allah tidaklah dengan berantaraan sesuatu pun diluar zatnya. Tidaklah seperti manusia, wujudnya manusia melalui perantaraan ibubapa, sebaliknya Allah tidak seperti manusia dan Allah saja yang maha mengetahui.

Dalil Naqli bagi wujudnya Allah, seperti dalam surah Az-Zumar ayat 5:

Tafsirnya: Telah menjadikan (Allah) tujuh lapisan langit dan bumi dengan kebenarannya

Dalil Aqli
bagi wujudnya Allah, kita perhatikan sendiri keadaan alam sekeliling kita, peredaran masa, pertukaran masa siang malam, adanya matahari, bintang, bulan, gunung-ganang, dan kejadian-kejadian yang sempurna mengikut kehendaknya. Persoalannya siapakah yang menciptakan ini semua, hanya ada satu sahaja yang mampu menjadikannya dan menciptakannya iaitu Allah, jika tidak wujud Allah itu maka akan tiadal
ah alam dan segala isinya ini. Maha suci Allah yang maha mencipta.

SIFAT SALBIAH

Sifat Salbiah ialah sifat yang menafikan sesuatu yang tidak layak bagi zat Allah. Sifat-sifat yang terkandung dalam sifat Salbiahada 5 iaitu:

1. Qidam
2. Baqa

3. Muqhalafatuhu Lil Hawadith

4. Qiamuhu Binafsih

5. Wahdaniah


Huraian bagi sifat-sifat yang terkandung dalam sifat Salbiah


QIDAM


Qidam maksudnya sedia ada. Wajib bagi semua umat Islam m
empercayai bahawa Allah itu sedia ada (tiada permulaan dan tiada akhir baginya) dan mustahil bagi Allah itu baharu, jelas bagi Allah sudah ada sebelum adanya segala mahluk atau sesuatu kejadian di dalam dunia dan alam lain. Dalil Naqli bagi sifat Qidam ialah sebagimana firman Allah dalam surah Al Hadid ayat 3:

Tafsirnya: Dialah Allah yang pertama, yang akhir, yang terang (kelihatan tanda-tanda kebesarannya dan yang tersembunyi kerana tidak dapat dilihat oleh mata kepala manusia dan dialah Allah yang maha mengetahui segala sesuatu.

Dalil Aqli, Sekiranya Allah itu bersifat baharu nescaya Allah berhajat kepada yang membaharukannya, dan yang membaharukannya akan berhajat kepada yang membaharukannya pula dan seterusnya tanpa kesudahan. Yang demikian itu adalah mustahil bagi Allah dan tidak boleh diterima oleh akal fikiran manusia yang bijak.

BAQA

Wajib bagi Allah bersifat Baqa. Baqa bermaksud kekal selama-lama nya, tiada kesudahan bagi-Nya. Mustahil bagi Allah bersifat Fana iaitu binasa.

Dalil Naqli bagi sifat Baqa ialah sebagaimana firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 2:

Tafsirnya: Allah tiada tuhan (yang berhak disembah), melainkan dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lama nya mentadbir sekalian alam.

Dalil Aqli, sekiranya Allah itu bersifat fana (binasa), maka ia adalah baharu, maka jika ia baharu maka dia sangat memerlukan pertolongan dan berhajat kepada yang membaharukannya. Sedangkan Allah itu maha besar dan maha berdiri dengan sendirinya.

MUKHALAFATUHU LIL HAWADITH

Wajib bagi Allah bersifat Mukhalafatuhu lil hawadith yang bererti, Allah berlainan dengan segala yang baharu.

Allah tidak ada bandinganNya dengan segala yang baharu samada pada zatNya, Sifat-sifatNya atau perbuatanNya.

Allah berlainan dengan segala yang baharu darisegi zatNya iaitu Allah tidak seperti zat makhluk tiada berupa dan tidak berwarna dan tidak bertempat dan seterusnya.

Allah berlainan dengan segala yang baharu darisegi sifatNya iaitu Allah tidak seperti sifat manusia umpama qudrat dan iradat Allah tidak sama dengan kuasa dan kehendak manusia.

Allah berlainan dengan segala yang baharu darisegi perbuatanNya iaitu Allah tidak ada perantaraan seperti makhluk.

Dalil Naqli bagi sifat ini ialah sebagaimana firman Allah dalam surah Asy-Syura ayat 11:

Tafsirnya: Tiada sesuatu pun yang menyerupai Allah Ta’ala. Dialah Allah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat

Dalil Aqli, Jika sekiranya Allah tidak bersifat demikian maka dai bersifat baharu, jika dia bersifat baharu maka Allah berada didalam kelemahan. Ini adalah mustahil bagi Allah berada didalam kelemahan kerana Allah maha berkuasa dan gagah sebagaimana firmannya didalam surah Al Maaidah ayat 95:

Tafsirnya: ……dan (ingatlah) Allah maha Kuasa, lagi Berkuasa membalas dengan azab seksa.

Dengan ini dapatlah dibuktikan bahawa Allah itu tetap berkuasa dan berlainan dengan segala yang baharu.


Tuesday, August 12, 2008

SAKARATUL MAUT SEBAGAI PENGINGAT

Oleh: Knowledge seeker


Air mencurah-curah dan mengalir, ku mulakan semuanya dengan kalimat yang mulia. Kemudian ku mulakan dengan membasuh tanganku, (Ya Allah jadikanlah tanganku ini untuk mengerjakan segala perkara-perkara yang berkebajikkan), ku basuh mulutku, (Ya Allah jadikanlah lidahku untuk bercakap kearah perkara yang berkebajikkan), ku basuh hidungku, (Ya Allah jadikanlah hidungku untuk mencium bau syurga), ku baca niat agar Allah membersihkan zahirku (Ya Allah jadikanlah mukaku muka orang yang beriman), ku lakukan sunat dan rukun wudhu lainnya. Selesai semuanya, doa ku panjatkan kepada yang maha esa.

Takbiratul ihram sebagai pemula untuk menghadapkan diriku kepada Allah. Surah Al Fatihah dibaca diikuti dengan surah. Aku lakukan rukuk, itdidal. Sujud sembahku kepada Allah dengan merendahkan diriku. Aku adalah kerdil, aku adalah hamba yang berdosa. Maha tinggi Allah. Selepas selesai penyembahanku kepada Allah, aku akhiri dengan selawat dan salam.

Doa aku pohonkan kepada Allah tuhan yang maha mendengar agar tuhan akan mengampunkan segala dosa-dosaku, dosa kedua ibubapaku, guruku dan tidak dilupa para sahabat-sahabatku. Ya Allah, sesungguhnya, sejak aku dilahirkan di muka bumi ini sehingga sekarang, aku telah menganiyanya diriku sendiri, aku telah mengotorkan hatiku, aku telah ingkar dengan suruhanmu, maka ya Allah ampunkan dosa-dosaku hambamu ini, yang telah melakukan kemungkaran, melakukan kejahatan. Ampunkan aku ya Allah, ampunkanlah aku, ampunkan. Ampunkanlah dosa kedua ibubapaku, guruku, sahabat-sahabatku, kaum keluargaku serta panjangkanlah umur kami dan lindungilah kami, nyawa kami, harta benda kami dari sebarang malapetaka, kemalangan dan bencana. Ya Allah kau sampaikanlah impian dan harapan kami dan cita-cita kami agar kami menjadi seorang insane yang berjasa kepada agama, bangsa dan Negara kami…………………makbulkanlah segala permohonanku ini ya Allah……..

Aku akhiri doaku dengan berselawat kepada penghulu segala nabi, Nabi Muhammad S.A.W. Selesai penyembahanku kepada Allah, aku hadapkan mukaku, aku pandang wajah kedua ibubapaku yang sangatku kasihi. Aku merasa terharu.

Apakah akan terjadi kepada mereka jika ditakdirkan aku terlebih dahulu dipanggil oleh illahi? Apakah mereka akan lakukan? Itu semua rahsia Allah.

Mindaku tidak berhenti untuk membayangkan saat-saatku menghadapi sakaratul maut dan aku tertanya-tanya kepada diriku sendiri, siapakah yang akan berada disampingku? Siapakah yang akan mengucapkan kalimah syahadah ke telingaku? Ya Allah, matikanlah aku diatas agama islam. Ya Allah, kurniakanlah ketenangan kedalam jiwa orang-orang yang menyayangiku disaat kepergianku. Ya Alllah, matikanlah aku dalam khusnul qatimah.

Rasulullah ada berpesan, semua insan pasti mati, hanya soal waktu. Bilakah waktu itu akan tiba? Bilakah malaikatul maut menjemput kita? Kita tidak mengetahuinya. Apa yang mampu kita buat hanya bersedia. Bersedia dengan amalan kebajikkan dan iman. Mati bukanlah penyudah kepada segala-galanya. Mati hanya bermaksud berpindah kealam lain. Dunia umpama stesen kereta api, kitalah penumpangnya. Kita hanya singgah didunia yang fana ini dan akan berpindah kealam lainnya. Ya Allah, bersihkanlah hatiku ini, kurniakanlah cahaya nurmu ya Allah.

Izinkanlah diriku ini ya Allah untuk mengembalikan jasad pinjamanmu ini dalam keadaan yang bersih. Semasa dalam hidupku jika terdapat kekasaran pada bahasa yang diucapkan, kelakuan yang telah ku tunjukkan, aku menyusun sepuluh jari memohon ampun kepada semua kaum adam dan kaum hawa dan memohon ampun daripada yang mencipta diriku ini Allah yang maha khaliq. Andaikata aku pergi Ingatlah, kehidupan itu sementara, ajal pasti akan datang.

08:04 PM/Knowledge seeker

NILAI

WAKTU ITU BERHARGA,
ADIL ITU WAJIB,
SOPAN SANTUN ITU KEMULIAAN,
AGAMA ITU MUDAH,
HUTANG ITU BERAT,
JANJI ITU HUTANG,
MURAH ITU TERPUJI,
KEJUJURAN ITU DITUNTUT,
BERTERIMA KASIH ITU LAYAK,
SANTUN ITU TERPUJI,
BERTENGKAR ITU TERCELA,
LATIHAN ITU BERGUNA,
RAHSIA ITU AMANAH,
TERGESA-GESA ITU MERUGIKAN,
MEMBERI MAAF ITU SEDEKAH,
KEBERANIAN ITU KEHORMATAN,
AKAL ITU PENGADIL,

RENUNGAN BERSAMA

SIAPA....

Menanam, Dia mengetam
Bersabar, Dia menang
Menganiaya, Dia akan teraniaya
Berjalan, Dia sampai
Jujur, Dia terlindung
Berlembut hati, Dia mulia
Lalai, Dia gagal
Berkasar, orang menghindar
Sungguh-sungguh, Dia berhasil
Tergesa-gesa, Dia akan menyesal
Boros, Dia berkurangan
Belajar, Dia maju
Ramah lidahnya, Dia akan banyak saudaranya
Sedikit kejujuran, Dia sedikit temannya
Mengenal dirinya, Akan mengenali tuhannya
Menggali lubang, Akan terjatuh kedalamnya
Malas masa kecil, Akan menyesal apabila dewasa
Menyenangkan ibu bapanya, Dia menimbulkan kesenangan Allah
Menimbulkan kemarahan ibu bapanya, Dia menimbulkan kemurkaan Allah
Tidak berterima kasih kepada sesama manusia, Tidak berterima kasih kepada Allah

DUNIA DIAKHIR ZAMAN

Maksiat
Adalah bala
Bala yang tidak ketara
Bala yang membinasakan

Pergaulan bebas
Pelacuran, arak
Berpesta, Khayal
Merupakan lumrah yang membawa bala

Hidup tamsil kayu yang hanyut
Tidak berhaluan
Mengikut arus perubahan, mengikut budaya sesat
Itulah hidup di akhir zaman

Ya Allah
Tuhan Yang Maha Melindungi
Lindungi, Lindungilah kami
Dari bala yang merosakkan

Knowledge seeker/11 Ogos 2008/08:40AM

Sunday, July 27, 2008

MUTIARA KATA 3

"Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya"

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"

"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

To be continue...

Tuesday, July 22, 2008

HIDUP


Kemewahan,kekayaan,kehormatan
Itulah cubaan
Kesengsaraan,penderitaan,Kesusahan
Itulah ujian

Namun adakah kita mensyukuri nikmat?
Adakah kita tergolong dari golongan bersyukur?
Atau adakah kita tergolong dari golongan yang kufur nikmat?
Tepuk dada Tanya selera

Cermin, cerminlah diri anda
Pandanglah, pandanglah rupa anda
Kita hanya insan biasa
Kerdil didepan yang masa esa

Tinggi tak bermakna engkau tinggi
Rendah tak bermakna engkau rendah
Bijak tak bermakna engkau bijak
Bodoh tak bermakna engkau bodoh

Usaha adalah jawapannya
Keringat tak memandang apa
Menuju kearah kejayaan
Kejayaan yang tak ada hujungnya

22 Julai 2008/ 11:18 AM