MENGENAL SIFAT-SIFAT WAJIB BAGI ALLAH
Sifat-sifat wajib bagi Allah ada 20 sifat. Sifat-sifat wajib ini telah dibahagikan kepada 4 bahagian. Bahagian-bahagian tersebut ialah: 1. Sifat Nafsiah
2. Sifat Salbiah
3. Sifat Ma’ani
4. Sifat Ma’nawiyah
SIFAT NAFSIAH
Sifat ini ialah sifat zat bagi Allah Ta’ala. Didalam sifat nafsiah ini, hanya ada satu sifat saja yang terkandung didalamnya iaitu sifat Wujud. Wujudnya Allah adalah tetap ada, benar ada, adanya Allah tidak disebabkan oleh sesuatu sebab.
Huraian Sifat Wujud
Wujud ertinya ada. Allah itu wajib bersifat wujud dan mustahil bagi Allah bersifat tiada. Wujud Allah ialah wujud zali iaitu adanya Allah itu kerana zatnya, wujudnya Allah tidaklah dengan berantaraan sesuatu pun diluar zatnya. Tidaklah seperti manusia, wujudnya manusia melalui perantaraan ibubapa, sebaliknya Allah tidak seperti manusia dan Allah saja yang maha mengetahui.
Dalil Naqli bagi wujudnya Allah, seperti dalam surah Az-Zumar ayat 5:
Tafsirnya: Telah menjadikan (Allah) tujuh lapisan langit dan bumi dengan kebenarannya
Dalil Aqli bagi wujudnya Allah, kita perhatikan sendiri keadaan alam sekeliling kita, peredaran masa, pertukaran masa siang malam, adanya matahari, bintang, bulan, gunung-ganang, dan kejadian-kejadian yang sempurna mengikut kehendaknya. Persoalannya siapakah yang menciptakan ini semua, hanya ada satu sahaja yang mampu menjadikannya dan menciptakannya iaitu Allah, jika tidak wujud Allah itu maka akan tiadalah alam dan segala isinya ini. Maha suci Allah yang maha mencipta.
SIFAT SALBIAH
Sifat Salbiah ialah sifat yang menafikan sesuatu yang tidak layak bagi zat Allah. Sifat-sifat yang terkandung dalam sifat Salbiahada 5 iaitu:
1. Qidam
2. Baqa
3. Muqhalafatuhu Lil Hawadith
4. Qiamuhu Binafsih
5. Wahdaniah
Huraian bagi sifat-sifat yang terkandung dalam sifat Salbiah
QIDAM
Qidam maksudnya sedia ada. Wajib bagi semua umat Islam mempercayai bahawa Allah itu sedia ada (tiada permulaan dan tiada akhir baginya) dan mustahil bagi Allah itu baharu, jelas bagi Allah sudah ada sebelum adanya segala mahluk atau sesuatu kejadian di dalam dunia dan alam lain. Dalil Naqli bagi sifat Qidam ialah sebagimana firman Allah dalam surah Al Hadid ayat 3:
Tafsirnya: Dialah Allah yang pertama, yang akhir, yang terang (kelihatan tanda-tanda kebesarannya dan yang tersembunyi kerana tidak dapat dilihat oleh mata kepala manusia dan dialah Allah yang maha mengetahui segala sesuatu.
Dalil Aqli, Sekiranya Allah itu bersifat baharu nescaya Allah berhajat kepada yang membaharukannya, dan yang membaharukannya akan berhajat kepada yang membaharukannya pula dan seterusnya tanpa kesudahan. Yang demikian itu adalah mustahil bagi Allah dan tidak boleh diterima oleh akal fikiran manusia yang bijak. BAQA
Wajib bagi Allah bersifat Baqa. Baqa bermaksud kekal selama-lama nya, tiada kesudahan bagi-Nya. Mustahil bagi Allah bersifat Fana iaitu binasa.
Dalil Naqli bagi sifat Baqa ialah sebagaimana firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 2:
Tafsirnya: Allah tiada tuhan (yang berhak disembah), melainkan dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lama nya mentadbir sekalian alam.
Dalil Aqli, sekiranya Allah itu bersifat fana (binasa), maka ia adalah baharu, maka jika ia baharu maka dia sangat memerlukan pertolongan dan berhajat kepada yang membaharukannya. Sedangkan Allah itu maha besar dan maha berdiri dengan sendirinya.
MUKHALAFATUHU LIL HAWADITH
Wajib bagi Allah bersifat Mukhalafatuhu lil hawadith yang bererti, Allah berlainan dengan segala yang baharu.
Allah tidak ada bandinganNya dengan segala yang baharu samada pada zatNya, Sifat-sifatNya atau perbuatanNya.
Allah berlainan dengan segala yang baharu darisegi zatNya iaitu Allah tidak seperti zat makhluk tiada berupa dan tidak berwarna dan tidak bertempat dan seterusnya.
Allah berlainan dengan segala yang baharu darisegi sifatNya iaitu Allah tidak seperti sifat manusia umpama qudrat dan iradat Allah tidak sama dengan kuasa dan kehendak manusia.
Allah berlainan dengan segala yang baharu darisegi perbuatanNya iaitu Allah tidak ada perantaraan seperti makhluk.
Dalil Naqli bagi sifat ini ialah sebagaimana firman Allah dalam surah Asy-Syura ayat 11:
Tafsirnya: Tiada sesuatu pun yang menyerupai Allah Ta’ala. Dialah Allah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat
Dalil Aqli, Jika sekiranya Allah tidak bersifat demikian maka dai bersifat baharu, jika dia bersifat baharu maka Allah berada didalam kelemahan. Ini adalah mustahil bagi Allah berada didalam kelemahan kerana Allah maha berkuasa dan gagah sebagaimana firmannya didalam surah Al Maaidah ayat 95:
Tafsirnya: ……dan (ingatlah) Allah maha Kuasa, lagi Berkuasa membalas dengan azab seksa.
Dengan ini dapatlah dibuktikan bahawa Allah itu tetap berkuasa dan berlainan dengan segala yang baharu.