Saturday, November 29, 2008

Fatimah & Nokman Nikah
















Bermula ia dengan cinta
Sekarang jodoh sampai jua
Siti fatimah diberi nama
Nokman amalie pasangannya

28 November tarikh sejarah
Nikah itu adalah sunnah
Fatimah cantik dan juga indah
Nokman pula nampak gagah

Air mata menitis tanda gembira
Kerana jodoh kesampaian jua
Mohon kepada Allah yang esa
Semoga mereka aman bahagia

Roti paun bersama kaya
Sarapan pagi di K.K Koya
Kami semua tetap berdoa
Semoga kamu kekal bahagia

Knowledgeseeker/12:26AM/29 November 2008

Selamat Pengantin Baru kepada Siti Fatimah binti Hj Ismail dan Nokman Amalie bin Hj Ibrahim

Monday, November 24, 2008

Usuluddin Students FAREWELL







Thursday, November 20, 2008

Selawat serta salam keatas junjungan nabi kita Muhammad S.A.W, kaum kerabat baginda serta para pengikut-pengikut baginda yang taat dan jujur hingga ke akhir zaman.
Wahai Tuhanku Yang Maha Besar, tiada Tuhan Yang Besar melainkan engkau wahai Yang Maha Besar, ampunkanlah segala dosa-dosa hambamu yang telah hambamu ini perlakukan, lindungilah aku dari kemusyrikan, matikanlah aku dalam keadaan Islam, Sesungguhnya Ya Allah hambamu ini telah melakukan kezaliman terhadap diriku sendiri, aku telah mengotori jasad pinjamanmu ini dengan dosa. Wahai Allah Yang Maha Pengampun lagi suka mengampuni.
Ya Allah, engkaulah Tuhan Yang Maha memberi keputusan, Ya Allah, andai engkau mentakdirkan aku dalam kesusahan dan kesengsaraan maka aku mohon engkau menukarkannya dengan kesenangan dan kebahagian.
Ya Allah jadikanlah diriku, kaum keluarga kami, para sahabat-sahabatku tergolong dari golongan hamba-hambamu yang memperolehi kejayaan dalam pembelajaran dan kecemerlangan dalam peperiksaan. Ya Allah bukakanlah,bukakanlah,bukakanlah pintu hati kami sebagaimana terbukanya pintu hati orang-orang yang arif bijaksana. Ya Allah lapangkanlah dada kami agar dipermudahkan bagi kami dalam segala hal, kurniakanlah kepada kami kefahaman para nabi, hafalam para rasul, ilham para malaikat muqarabbin didalam keadaan afiat wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui.
YA Allah sesungguhnya cinta itu adalah milikmu, kasih sayang itu adalah milikmu, aku telah melaluinya, aku telah melaluinya, aku telah melaluinya. Wahai Allah, kau kurniakanlah cinta dan kasih sayang pada semua para sahabatku agar mereka merasakan kebahagian, keceriaan, kegembiraan dengan pasangan mereka yang mereka cintai, sayangi. Wahai Allah, engkau kurniakanlah kepada mereka perasaan cinta, perasaan sayang, perasaan faham memahami diantara mereka agar mereka menjadi pasangan yang engkau redhai dan rahmati. Maha Suci engkau Ya Allah, Maha Suci engkau.
Andai nafas pinjamanmu ini engkau berhentikan, aku mohon izinkan aku mengucapkan cinta dan kasih sayangku kepada kedua ibubapaku yang aku sayangi dan rahmatilah mereka, kepada kaum keluargaku, para sahabatku dan kepada seorang insan yang aku sayangi dan cintai HNRTQHI. Semoga engkau akan menang dalam perjuanganmu dan memperolehi kejayaan yang engkau inginkan. Allah, engkau tuhanku, aku hambamu, aku ciptaanmu. Aku berserah kepadamu. Terimalah Ya Allah sesungguhnya engkau maha mendengar.
Engkau berfirman "Jika hambaku bertanya kepadamu, maka jawablah sesungguhnya aku adalah dekat, aku kabulkan permohonan hambaku jika mereka berdoa kepadaku, maka hendaklah mereka itu" menuruti perintahku dan beriman kepadaku agar mereka sentiasa berada didalam kebenaran.

Monday, November 17, 2008

BACA HOROSKOP, SOLAT TAK DITERIMA 40 HARI

Pagi tadi aku menerima email ini dan aku agak terkejut dengan yang dimaksudkan oleh email tersebut. Email tersebut mengandungi isu yang telah dibincangkan melalui sebuah rancangan di TV9.

Lebih mengejutkan aku lagi apabila salah sorang panel tersebut memaklumkan bahawa membaca horoskop walaupun suka-suka maka solatnya tidak diterima selama 40 hari. Ya Allah Ya Tuhanku.. Aku selalu jugak membaca ruangan tersebut terutama seawal pagi sebelum memulakan kerja. Berikut aku masukkan kandungan email tersebut untuk rujukan dan renungan kita bersama.

SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.

Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad. Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain. 'Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam,' katanya.
Perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 'Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari.' Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12. Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu. Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca. Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan. Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu. 'Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan. 'Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi. 'Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini,' katanya. Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya. Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah.

Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka.'Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak,' katanya. Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib. Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali. Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit. Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah. Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotamia, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq.. Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang.
'Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil. 'Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim. 'Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan,' katanya. Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan.

JAWAPAN PROF.DR.HAMKA TENTANG MIMPI SHEIKH AHMAD

Oleh: Knowledgeseeker
Asalamualaikum warah matullahi wabarakatuh.
Muslimin dan muslimat, kita telahpun berada di zaman yang serba canggih dan moden. Pelbagai cara telah digunakan untuk kepentingan kita bersama. Pengunaan internet merupakan satu cara untuk kita menyampaikan sesuatu yang bermanfaat. Namun ianya juga memiliki kesan yang buruk dan memberikan impak yang negatif kepada masyarakat kita lebih-lebih lagi masyarakat islam. Kaum yang tidak bertanggungjawab akan melakukan apa saja cara untuk memerangi islam dan meracuni pemikiran dan pegang kita. Mereka memerangi islam bukan sahaja mengangkat senjata tetapi menggunakan kemudahan seperti internet untuk merosakkan akidah, kepercayaan dan pegangan kita sebagai umat islam.

Kita tumpukan perbincangan kita pada surat berantai yang ditulis oleh Syeikh Ahmad yang sebenarnya surat ini telahpun ditulis sekitar dalam tahun 1060an-1970an. Namun pada zaman teknologi ini, surat ini telah disebar luaskan lagi dengan menggunakan email. Persoalannya adakah ini benar? namun walau apapun isinya tentang mengingat akan Allah dan bertaubat memang benar dan ambillah ia sebagai pengajaran tetapi ancaman tentang tidak menyebarkannya janganlah kita percayai sesungguhnya segala baik dan buruk adalah datang daripada Allah.

Berdasarkan kepada pembacaan saya melalui buku yang telah ditulis oleh Prof.Dr.Hamka beliau telah memberikan jawapan terhadap permasalahan ini. Saya berikan jawapan yang diberikan oleh beliau untuk pengetahuan kita bersama.

Jawapan beliau terbahagi kepada beberapa bahagian:
Sumber kita beragama menurut ajaran Agama Islam hanya dua iaitu Al Quran dan hadith
Penafsiran dan perincian dari Al Quran dan As Sunah itupun telah dipelopori oleh ulama-ulama besar yang dijadikan imam-imam ikutan, Imam Malik, Imam Hanafi, Imam Syafi’i dan Imam Ahmad bin Hanbal.

Al Quran itu sendiripun telah ditulis menurut peraturan tulisan yang tertentu. Satu ayat pun tidak ada perubahan, tidak ada pengurangan dan tambahan. Satu titik pun tidak bisa berubah kerana bila berubah satu titik, makna atau ertinya pun boleh berubah. Tulisan AlQuran yang kita terima sekarang ini bernama Mushaf Usmaniy, iaitu yang ditulis menurut peraturan saidina Usman bin Affan ketika beliau menjadi khalifah yang ke 3.
Maka dalam surat selebaran “Mimpi Sheikh Ahmad” sudah nyata ada yang sangat berlawan dengan ketentuan Al Quran.
Pada selebaran itu sheikh Ahmad mendapat mimpi bahawa tahun sekian akan terjadi itu, tahun sekian akan terjadi ini. Tahun 1971 perempuan akan keluar dari rumah tidak seizin suaminya; alangkah kacaunya mimpi ini, pada hal berpuluh tahun sebelum 1971 sudah banyak juga perempuan yang keluar rumah tanpa setahu suaminya.

Dikatakan tahun 1972 akan kelihatan tanda-tanda di langit sebesar telur ayam.
Tentu orang bodoh yang akan takut mendengarkan itu. Tahun 1972 telah berlalu dengan selamat, namun tanda-tanda dilangit telah terdapat sejak berjuta-juta tahun yang lalu, iaitu berjuta-juta bintang. Bukan sebesar telur ayam bahkan banyak bintang itu yang lebih besar dari bumi kita, sampai 1000 kali lebih besar dari bumi kita. Tetapi kelihatan dari jauh tidak ada yang sebesar telur ayam, melainkan sebesar pasir. Sheikh Ahmad tidak menjelaskan mimpinya apakah sebesar sebesar telur ayam kelihat dari bumi? Kalau “tanda” itu sebesar telur ayam, nescaya dalam jarak satu kilometer saja tidak kelihatan.

Setelah seterusnya Sheikh Ahmad menerangkan apa yang akan kejadian tahun 1980 dunia agak gelap 3 hari 3 malam (dalam konteks sekarang tidak pernah berlaku hal sedemikian dalam tahun 1980). Maka melihat bukti 1971 dan 1972 yang telah berlalu, namun tanda-tanda sedemikian tidak terjadi.

Orang yang percaya kepada Al Quran tentu saja tidak akan percaya kepada mimpi Sheikh Ahmad itu. Sebab dalam Al Quran telah dijelaskan bahawa tentang bila akan Qiamat Cuma Allah saja yang tahu (Surat Al Ahzaab ayat 63). Disaat itu juga dijelaskan bahawa Nabi Muhammad sendiri juga tidak mengetahui bilakah berlakunya Qiamat. Demikian juga dalam surah Asy Syuraa ayat 17. Didalam satu hadith sahih riwayat Bukhari Muslim disebut bahawa Malaikat Jibril pernah menyamar menyerupai manusia dan datang kepada nabi Muhammad tentang beberapa hal. Ketika ditanyakan oleh Jibril tentang bila hari akan Qiamat, baginda menjawab “Orang yang ditanya tidaklah lebih tahu dalam hal itu dari yang bertanya”. Ertinya nabi dan jibril sama-sama tidak tahu.

Sekarang kita boleh memilih, apakah mimpi ini yang akan kita pegang atau keterangan Al Quran dan Hadith. Saya tidak menolak mungkin Sheikh Ahmad bermimpi. Tetapi yang menemuinya dalam mimpi bukan nabi melainkan Iblis Laknatullah. Atau kerana tidak mungkin syaitan meniru rupa Nabi Muhammad maka Sheikh Ahmad sendirilah yang pembohong.

Sejak Agama Islam mulai berkembang 14 abad yang telah lalu, orang Islam telah diajar menilai khabar-khabar yang diterima. Sehingga hadith-hadith yang diterima dari Nabi dinilai, dari siapa diterima, siapa yang mengkhabarkan, bertemu sendirikah orang yang meriwayat hadith itu dengan rasullullah, atau diterima dari yang lain? Siapa orang lain itu? Boleh dipercayaikah dia? Sehingga hadith-hadith yang dikatakan orang dari nabi; “Bersabda Rasulullah” dikaji, sahihkah hadith itu atau dhaif atau mudhu.

Sekarang ada mimpi Sheikh Ahmad. Sudahkah diselidiki siapa Dia Sheikh Ahmad itu? Beribu-ribu orang naik haji tiap tahun, dan mereka sampai ke Medinah, ziarah ke makam Nabi. Bertemukah seorang yang bernama Sheikh Ahmad jadi juru kunci makam Nabi? Dapatkah dilihat daftar nama-nama pegawai penyelanggara Masjid Rasul di Medinah untuk melihat nama Sheikh Ahmad? Demikianlah pula Haji Abdullah Malik, pesuruh dari desa Hanabal, Sambujangan, Madura! Siapakah orang itu? Di Madura ada kantor urusan Agama, dapatkah dicari seorang yang bernama Haji Abdullah Malik didesa Hanabal, Sambujangan Madura, orang ilamkah dia? Atau seorang tukang sate Madura yang beru pulang dari Mekah?

Sedang hadith yang terang diterima dari perawi hadith terkenal, lagi dititik keaslian atau kepalsuannya, apatah lagi mimpi seorang Sheikh Ahmad jurukunci! Beribu-ribu Sheikh Ahmad di dunia; Sheikh Ahmad yang mana?Disebutkan bahawa Sheikh Ahmad berkata bahawa barang siapa yang tidak percaya kepada mimpi ini kafirlah dia! SAYA TERMASUK YANG TIDAK PERCAYA KEPADA MIMPI INI, APAKAH SAYA KAFIR? Pada hal saya saksikan dan juga disaksikan oleh beratus-ratus orang bahawa sejak berpuluh tahun sebelum 1971, sebelum 1961, sebelum 1901 dan seterusnya telah banyak juga perempuan yang keluar dari rumah tanpa seizin suaminya.

Yang lebih menyolok mata lagi tentang jelas bahawa surat selebaran ini adalah selebaran bohong yang dibuat oleh orang-orang yang tolol ialah setelah mereka menyebut perhitungan tahun memperkatakan bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad pada hal catitan tahunnya bukan tahun hijrah Nabi Muhammad melainkan hitungan waktu tahun lahirnya Nabi Isa, seribu seratus, bukan tahun seribu tiga ratus. Perhitungan Kristian bukan perhitungan Islam.

Ada lagi ancaman dan ada pula hiburan. Iaitu barang siapa yang segera menyalin surat itu banyak-banyak dan menyebar luaskannya dia akan mendapat kekayaan dan keuntungan sebagai pernah kejadian dengan seorang saudagar di Bombay. Dan ada yang mengatakan surat ini palsu, dia mati pada ketika itu juga. Pada hal Kitab Suci Al Quran sendiri kalau tidak disalin dan tidak disiarkan tidaklah mendapat ancaman mati tegang pada ketika itu juga, sebagai ancaman dalam surat lambaran itu. Diancam pula barang siapa yang tidak menyiarkannya kepada orang lain, dia akan mendapat rintangan sengsara.

Apakah ancaman Allah didalam Al Quran sendiri kepada orang yang durhaka kepada Tuhan, tidak mencukupi lagi, sehingga Nabi merasa perlu menemui Sheikh Ahmad jurukunci didalam mimpi buat mengancam-ancam umatnya?
ALHASIL: Lebih baik sebagai orang Islam kita pegang teguh saja bimbingan Allah dari dalam Al Quran dan bimbingan Rasulullah di dalam hadith-hadith yang sahih; tidak usah kita surut kebelakang menjadi orang yang diperbodoh oleh penipu-penipu yang mendinding dirinya supaya tidak diselidiki orang tentang dirinya, dia berlindung di balik ancaman barangsiapa yang tidak percaya akan celaka.
Agama kita terima dari Allah dari Rasul dengan sanad hadith-hadith, pendapat-pendapat dari Imam-imam ikutan umat sebagai Maliki, Hanafi, Syafi’i dan Hanbali, mempelajari kitab-kitab tafsir dan hadith dan fiqh yang terang sumbernya, bukan dari mimpi. Sumber agama kita bukanlah mimpi seorang tukang jaga kubur! Belum tentu juru kunci bernama Sheikh Ahmad itu ada orangnya. Belum jelas siapa itu Haji Abdullah Malik orang Madura.
Agama Islam bukanlah agama mimpi kacau, bukan kepalsuan, bukan tahyul, bukan khurafat, bukan dongeng dan bukan rentetan dari kebodohan!
Kedatangan Nabi Muhammad diutus oleh Allah kedunia ini adalah untuk mengeluarkan manusia dari gelap gelita ke tempat terang benderang. Bukan sebaliknya, membawa kembali dari tempat yang terang ke alam fikiran yang gelap gelita. Kepada yang percaya kepada mimpi ini kita ucapkan “Selamat Tolol!”
Selama kaum muslimin masih juga mempergunakan akalnya yang sihat untuk mempertimbangkan dan menilai kebenaran sesuatu, menurut dasar Al Quran “Apakah tidak kamu pergunakan akalmu” selama itu pula mereka akan dapat saja diperbodohkan oleh surat-surat selebaran seperti surat ini. Dengan surat-surat selebaran seperti ini mudah saja tukang-tukang propakasi mengacau fikiran masyarakat umum sehingga pimpinan yang sejati.

Demikianlah penjelasan yang telah dibuat oleh Prof.Dr.Hamka tentang surat yang telah disebar luaskan ini yang sebenarnya ianya adalah palsu. Ini termasuk juga segala kenyataan yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti menyebarkan sesuatu yang tidak ada dasar Al Quran dan Hadith dan jika tidak disebarkan akan mendapat sesuatu bala dan kesusahan. Kita peganglah bahawa segalanya adalah mengikut qadha dan qadar Allah jua, bukan terletak kepada surat, kenyataan, pesanan ringkas (SMS), email dan seumpamanya. Mungkin saja pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut ingin merosakkkan akidah dan iman kita terhadap Allah.

Muslimin dan muslimat yang saya hormati, janganlah kita biarkan diri kita, iman kita jauh terpesong dari ajaran Islam yang sebenarnya. Akhirnya semoga Allah akan sentiasa melindungi kita dan menetapkan keimanan kita kepadanya. Sekian. Wassalam.

Saturday, November 8, 2008

UNTUKMU

Bismilah segala pembuka
Sebelum ia mula dibaca
Tiada indah cuba semata
Sekadar hanya cuba berkarya

Pertemuan bermula teruna dan dara
Sekilas pandang berlihat saja
Pabila mata memandang mata
Maka bermulalah dinamakan cinta

Bermula kasih tiada terhingga
Indahnya bagai ini dunia kita
Makan dan minum tiada dilupa
Dunia masih dipandang nyata

Perjalanan hidup tetap dijalani
Apa yang ada tetap disyukuri
Indah tetap indah tiada terperi
Allah tahu niat dihati

Termaktub dalam qadha illahi
Tidak kesampaian hajat dihati
Itulah dia qadar diberi
Cuma tinggal kenangan dihati

Berserah kepada tuhan maha mengetahui
Janganlah kita menyesali
Berdoalah kepada illahi
Moga hidup tetap dirahmati
7/11/2008 4:24PM Lumut

UNTUKMU PENGAKAP

Lihat disana tetap berdiri
Pengakap yang gagah dan berani
Undang-undang persetiaan ditaati
Tetap berdiri beberapa generasi

Dialah yang dipercayai
Ia juga yang mentaati
Itulah undang-undang yang dipatuhi
Supaya menjadi yang digalati

Berpijak pengakap dibumi Brunei
Melahirkan yang cerdik dan pandai
Membina insan yang mandiri
Agar bangsa digalati

Persiapkan dirimu dengan ilmu
Supaya kitani inda tertipu
Tempuhi jalan dengan usahamu
Sesungguhnya tuhan akan bersamamu
5/11/2008

PESANAN UNTUK BELIA KITANI

Wahai belia gagah bestari
Di bumi Brunei kitani berdiri
Berganding bahu bangsa didiri
Semoga Brunei aman dirahmati

Berbekal ilmu yang dipelajari
Untuk guna bangsa dan diri
Berdepan dengan zaman teknologi
Mudahan kitani tetap berdiri

Pelajari ilmu sana dan sini
Walau sampai keluar negeri
Ia tidak membari rugi
Agar kitani jadi misali

Tumpu perhatian dalam mempelajari
Agar ilmu masuk kehati
Tidak hilang sama sekali
Insya allah tuhan kan sentiasa merahmati
5/11/2008