1) RAMBUT LURUS -
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan
sesuatu tanpa pertolongan
2) RAMBUT KERINTING TEBAL-
kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah
dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung
3) RAMBUT KERENTING NEGRO-
bijak, ego, cemburu buta, romantic , memilih dan mudah mengamuk bila
susah hendak selesaikan masalah
4) RAMBUT IKAL MAYANG-
bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak
pergaulan, dan mudah memaaf kanseseorang dengan kesilapan lalu.
5) RAMBUT HALUS/LEMBUT-
bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan
perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.
6) RAMBUT SIKIT-
bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego,dan pandai
membuka perniagaan walaupun kecil.
7) RAMBUT PERANG-
kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf,sosial dan bijak lari daripada
masalah.
8) RAMBUT TEBAL-
bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan, dan pandai
mengambilhati seseorang.
9) RAMBUT KUSUT-
sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak
memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa
pertolongan. (kalu nak nmpk bijak mcm empunya pesen rambut gini....
usahakasik kusut rambut korang....)
10) RAMBUT BERUBAN-
kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,berfikiran terbuka dan pandai
selesaikan masalah diri
11)TIADA RAMBUT-
(Botak) ..kesian
12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU HIJAUAN -
itu rambutaaannnnnnnnnnnnnnnnnn..... Huahuahuahuahua
Thursday, July 3, 2008
Wednesday, July 2, 2008
Hadiah Terbaik :
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan
"Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka
berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"
"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang
menentukan,
to be continue..
Monday, June 2, 2008
Kehidupan Manusia
D i dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat. Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabilamasyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat,pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat,kemajuan menjadi pesat. TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabilatempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat. Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak matilambat.Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat. Semua nak tunjuk kuat.Bila berjudi, percaya unsur kurafat.Tapi hidup pula yang melarat.Tali kasut dah tak berikat.Rambut pun jarang sikat. Yang perempuan, pakai mini sekerat.Suka pakai baju ketat. Suka sangat menunjukkan pusat.Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.Pakai pulak yang singkat-singkat.Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'. Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat. Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.Duduk jauh berkirim surat .Bila berjumpa, tangan berjabat.Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.Usah peduli agama dan adat. Usah takut Allah dan malaikat.Yang penting apa kita nak buat?Kita 'bukti' lah kita buat.Akhirnya perut kempis dah jadi bulat. Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlahpula anak-anak yang tak cukup sifat. Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang dimerata tempat.MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT. Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.Habis manusia telah tersesat.Inilah dia fenomena masyarakat.Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,Marilah kita pakat mengingat,Bahawa dunia hari ini makin singkat, Esok atau lusa mungkin kiamat,Sampai masa kita semua akan berangkat! . Berangkat menuju ke negeri akhirat.Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.Masa tu, sindri mau ingat.Umur mu banyak mana mu buat ibadat...? Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...? Harta benda anta, dari mana anta dapat...?Ilmu anta, adakah anta manafaat...?Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segerameninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa)
Friday, May 23, 2008
Monday, April 28, 2008
Jalan Pulang
Manusia hanya sebagai tetamu
Namun kita akan dipanggil semula untuk pulang
Adakah kita tetamu yang ingat jalan pulang?
Atau kita tergolong dari golongan tetamu yang lupa jalan pulang
Manusia memuja pangkat, harta dan kemewahan
Manusia minta dihormati, disanjung dan dipuji
Tapi adakah kita ingat bahawa semua itu tidak akan dibawa sewaktu kita pulang
Kita pulang membawa iman dan amalan yang kita lakukan
Kita dilahirkan suci pada zahir dan batin
Kita diciptakan secantik-cantik kejadian
Tapi mengapakah kita pulang dengan mengotorkan zahir?mengotorkan batin?
Pulanglah kita dengan keadaan yang baik sebagaimana kita dilahirkan di dunia
Keruntuhan akhlak, maksiat, pembunuhan
Adakah ini yang dimahukan?
Manusia itu diberikan akal, Diberikan perasaan
Berfikirlah, berfikirlah wahai kaum yang diberikan fikiran
Namun kita akan dipanggil semula untuk pulang
Adakah kita tetamu yang ingat jalan pulang?
Atau kita tergolong dari golongan tetamu yang lupa jalan pulang
Manusia memuja pangkat, harta dan kemewahan
Manusia minta dihormati, disanjung dan dipuji
Tapi adakah kita ingat bahawa semua itu tidak akan dibawa sewaktu kita pulang
Kita pulang membawa iman dan amalan yang kita lakukan
Kita dilahirkan suci pada zahir dan batin
Kita diciptakan secantik-cantik kejadian
Tapi mengapakah kita pulang dengan mengotorkan zahir?mengotorkan batin?
Pulanglah kita dengan keadaan yang baik sebagaimana kita dilahirkan di dunia
Keruntuhan akhlak, maksiat, pembunuhan
Adakah ini yang dimahukan?
Manusia itu diberikan akal, Diberikan perasaan
Berfikirlah, berfikirlah wahai kaum yang diberikan fikiran
Subscribe to:
Posts (Atom)



+copy.jpg)
+copy.jpg)
+copy.jpg)







