Monday, May 26, 2008

Scouting














Friday, May 23, 2008

Scouting life

Having Serious discussion...






Monday, April 28, 2008

Jalan Pulang

Manusia hanya sebagai tetamu
Namun kita akan dipanggil semula untuk pulang
Adakah kita tetamu yang ingat jalan pulang?
Atau kita tergolong dari golongan tetamu yang lupa jalan pulang

Manusia memuja pangkat, harta dan kemewahan
Manusia minta dihormati, disanjung dan dipuji
Tapi adakah kita ingat bahawa semua itu tidak akan dibawa sewaktu kita pulang
Kita pulang membawa iman dan amalan yang kita lakukan

Kita dilahirkan suci pada zahir dan batin
Kita diciptakan secantik-cantik kejadian
Tapi mengapakah kita pulang dengan mengotorkan zahir?mengotorkan batin?
Pulanglah kita dengan keadaan yang baik sebagaimana kita dilahirkan di dunia

Keruntuhan akhlak, maksiat, pembunuhan
Adakah ini yang dimahukan?
Manusia itu diberikan akal, Diberikan perasaan
Berfikirlah, berfikirlah wahai kaum yang diberikan fikiran

Sunday, March 23, 2008

Life in UAE...Dubai-Sharjah-AbuDhabi






The 3rd International Scouting Gathering for Humanitarian Action..


Friday, March 21, 2008

World of Scouting..


Monday, December 10, 2007

Quotation...

"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat melapangkan manusia dengan harta kamu, sebab itu, maka lapangkanlah mereka dengan muka yang jernih berseri dan keelokkan budi, sebaik-baik kamu ialah orang yang paling elok budi pekerti"
sabda Rasulullah SAW
Manusia pada hakikatnya mati kecuali yang alim, orang yang alim sekalipun hidup hakikatnya tidur kecuali yang mengamalkan ilmunya, orang yang mengamalkan ilmunya banyak yang tertipu kecuali yang ikhlas.
Al Imam Al Ghazali
"Kemenangan adalah dari perjuangan, kelapangan adalah dari kesempitan, kesenangan adalah dari kesusahan"
To be update...
Part two:
"Jika anda mahu merasakan kebahagiaan, berilah kebahagian kepada orang"
Unknown
"Lakukanlah yang terbaik untuk diri sendiri dan orang lain"
Unknown
"Orang yang bahagia tidak semestinya senyum tapi orang yang sentiasa senyum insyallah akan bahagia"
Dato Dr. Fadillah Kamsah
"Jika kamu hendak berjaya didunia maka hendaklah kamu berilmu, jika kamu hendak berjaya diakhirat maka hendaklah kamu berilmu dan jika kamu hendak berjaya pada kedua-duanya maka hendaklah kamu berilmu"
Hadith Rasulullah
"Jika kita ingat Allah pada waktu senang, Allah akan ingat kita pada waktu susah"
Unknown
Kebaikan ada pada lima hal : kekayaan jiwa, menahan dari menyakiti orang lain, mencari rizki halal, taqwa dan tsiqqah kepada Allah.
Imam Syafie

Ridha manusia adalah tujuan yang tidak mungkin dicapai, tidak ada jalan untuk selamat dari (omongan) manusia, wajib bagimu untuk konsisten dengan hal-hal yang bermanfaat bagimu.
Imam Syafie

Friday, November 2, 2007

RANGKA KERJA DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN

RANGKA KERJA DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN
oleh: Mohammad Arif bin Abdul Hadi

Untuk menjadi sebuah organisasi yang effektif, dua perkara perlu ditekankan iaitu, sumbangan belia dan sumbangan orang dewasa. Ini adalah kerana orang dewasa perlu membuat sumbangan kepada belia dan organisasi agar para belia dapat menjadi seorang yang dapat menyumbang kearah menjadikan sebuah organisasi tersebut menjadi organisasi yang cemerlang.

Apabila dalam sebuah organisasi tersebut memiliki dua perkara tersebut iaitu sumbangan belia dan sumbangan orang dewasa, ianya dapat menjadikan sesebuah organisasi tersebut menjadi lebih effektif kerana dalam membuat keputusan (Decision making) ianya memerlukan kerjasama kedua-dua agen penggerak ini.

Apabila kedua-dua agen ini bersatu padu maka terbentuklah sebuah organisasi yang effektif yang dapat menyakinkan kedua-dua pihak dan secara tidak langsung dapat melahirkan belia dan orang dewasa yang kommited.

Jika sekiranya dua agen tersebut yakin dan penuh dengan komitted, ianya akan menjadikan organisasi menjadi responsif dan produktif dan juga dapat melebar luaskan kemampuan masyarakat untuk membuat keputusan.

TAPI MENGAPAKAH SEBAHAGIAN ORANG DEWASA TIDAK MEMBUAT SUMBANGAN DIDALAM SESEBUAH ORGANISASI?

Menurut kajian yang telah dibuat, kebanyakkan orang dewasa TIDAK MEMPUNYAI MASA YANG MENCUKUPI kerana dari segi Time management, orang-orang dewasa banyak meluangkan masa kepada perkerjaan, keluarga dan sebagainya.

Selain dari itu, sebahagian ORANG DEWASA MERASAKAN DIRI MEREKA TIDAK DIKEHENDAKI kerana penglibatan belia pada masa ini banyak mencakupi dalam pelbagai bidang. Inilah yang mengakibatkan sebahagian daripada orang dewasa merasakan diri mereka tidak diperlukan.

Kita juga patut memahami bahawa different adult different way of thinking. Disini bermaksud bahawa setiap orang memang berlainan cara mereka berfikir. Memang kita tidak dapat nafikan tetapi biarlah akal pemikiran kita yang akan memikirkan tentang kebaikkan dan keburukkan sesuatu itu.

KEPENTINGAN DIRI SENDIRI juga adalah salah satu faktor mengapa sebahagian orang dewasa tidak menyumbang. Walaupun pada zahirnya kita lihat bahawa memang mereka telah membuat sumbangan tetapi sumbangan tersebut mempunyai kepentingan diri sendiri yang mana ianya bukan menjurus kepada sumbangan kearah kecermelangan organisasi.

Kita memerlukan orang dewasa berdasarkan pengalaman mereka yang bertahun-tahun, dalam kemahiran mentadbir organisasi. Malangnya, SEBILANGAN ORANG-ORANG DEWASA TIDAK MEMPUNYAI KEMAMPUAN DALAM MENANGANI/MENTADBIR ORGANISASI DISEBABKAN OLEH KOMITMEN LAIN, KURANG PENGETAHUAN DAN TIDAK MEMILIKI KEPIMPINAN YANG KHUSUS.

INTERAKSI juga adalah salah satu daripada masalah. Disini ianya bermaksud interaksi diantara belia dan orang dewasa adalah kurang kerana orang dewasa banyak mencakupi proses dalam membuat keputusan. Ini menyebabkan sebahagian daripada orang dewasa tidak berkomunikasi dengan belia.

TERLALU MEMENTINGKAN KEHORMATAN DIRI juga menjadi salah satu faktor. Ini adalah kerana jika orang dewasa terlalu mementingkan kehormatan diri, komunikasi diantara belia dan orang dewasa akan menjadi renggang.

Terakhir sekali, bercakap mengenai dengan ilmu dan kemahiran, sebahagian daripada orang dewasa memang dapat memahami dan menerima segala ilmu dan kemahiran tetapi mereka TIDAK MENGETAHUI BAGAIMANA CARA UNTUK “MENGAPLIKASIKAN” ILMU DAN KEMAHIRAN YANG MEREKA TELAH PEROLEHI KEPADA BELIA. Ini juga disebabkan bahawa ilmu yang pernah orang dewasa pelajari tidak sejajar dengan perubahan zaman yang mana ianya tidak lagi akses kedalam diri belia. Masalah sebegini tidak akan dapat membentuk belia yang dapat membuat sumbangan secara berterusan kepada organisasi.

Permasalahan yang telah dihuraikan sedikit sebanyak dapat membantu organisasi untuk menyediakan cara bagaimana menyatukan golongan belia dan orang dewasa agar mereka berkerjasama diantara satu sama yang lain dan supaya organisasi tersebut akan menuju kearah kecemerlangan. Diharap semua warga didalam sebuah organisasi supaya akan dapat berkerjasama demi untuk melahirkan belia-belia yang betul-betul dapat membuat sumbangan kearah kecemerlangan negara dan bangsa yang kita cintai ini.