Monday, July 6, 2009

NUKILAN KEMAAFAN DARIKU

Asalamualaikum,
Maafkan aku atas segala tingkahlakuku,tuturkata,akhlak yang menyakiti dan menguris jiwa dan hati anda semua yang mengenali diriku dan yang tidak mengenali diriku,ku pohon kemaafan dari lubuk hati ini, semoga anda sentiasa dapat rahmat dan redha Allah. Amin.

Dariku yang zalim,
Knowledgeseeker

Saturday, July 4, 2009

NUKILAN MEMBERI MAAF

Oleh: Knowledgeseeker

Asalamualaikum,semua,

Kita renungkan Firman Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 237:

“Dan jika kamu memaafkan maka itu adalah lebih dekat kepada taqwa”


Allah menyatakan didalam ayat ini yang mana memberi maaf itu adalah dekat kepada taqwa. Taqwa dalam erti kata lain bermaksud takut iaitu takut akan Allah yang maha besar. Apabila kita berasa taqwa maka kita akan mudah untuk memberikan kemaafan kepada sesiapa saja samada yang membenci kita ataupun yang menyayangi kita.

Pemaaf merupakan satu sifat yang sangat terpuji yang sangat-sangat dianjurkan didalam Islam. Ini adalah kerana mudah memaafkan dapat memberikan impak yang baik bukan sahaja kepada dirisendiri malahan kepada agama, masyarakat, bangsa mahupun Negara.

Jika seseorang dizalimi, disakiti, diperkatakan orang, direndah-rendahkan orang, dicaci, dihina, orang berburuk sangka kepada kita dan lain-lain lagi maka dengan memaafkan mereka bermaksud kita akan dekat dengan taqwa. Tetapi kita sebagai khalifah dimuka bumi Allah ini haruslah memuhasabah diri kita yang serba kekurangan ini.

Apabila seseorang itu lebih-lebih lagi yang memusuhi kita, memperkatakan tentang kita jangan terus naik marah tetapi dengarkan apa yang diperkatakannya itu. Mungkin apa yang diperkatakan itu ada kebenarannya. Sebagaimana yang pernah dinukilkan oleh Al Imam Al-Ghazali dalam kitabnya “Mukhtasar Ihya’ Ulumuddin”:

“ Jika engkau tidak menemukan seorang teman, maka dengarkanlah perkataan orang-orang yang dengki dengan mencari kesalahan-kesalahanmu. Ambillah faedah darinya dan tuduhlah dirimu mengenai segala keburukkan yang dituduhkan kepadamu. Jangan marah dan jangan memusuhinya bila seseorang mengingatkanmu atas suatu keburukkan. Sesungguhnya keburukkan itu bagaikan ular-ular dan kala jengking yang menyengatmu didunia dan akhirat ”

Dalam ertikata lain, mungkin apa yang diperkatakan oleh orang yang memusuhi kita itu benar kerana memang sebahagian lumrah manusia apabila ia dengki akan satu kejayaan kita, ia akan cuba menjatuhkan kita dengan mencari segala kelemahan dan kesalahan kita. Nah, disana kita sudah dapat tahu apakah keburukkan kita.

Bukankah seseorang yang ingin Berjaya harus memperbaiki diri dan memperbetulkan kesalahan. Tapi masalah kita, kita kadang-kadang tidak dapat mengesan apakah kekurangan kita. Maka kita tanyakanlah kepada orang lain seperti kaum keluarga,sahabat mahupun orang yang memusuhi kita.

Pihak yang memusuhi kita itulah salah satu aset kita yang dapat membantu kita mencapai kecemerlangan. Namun adakah saya dan anda bersedia? Bersedia menerima segala? Bersediakah untuk memaafkannya? Saya tepuk dada saya dan tanya selera saya? Dan bagi anda, tepuk dada anda dan tanya selera anda.

Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Tabrani dan Bazzar:

“ Mahukah aku tunjukkan tentang sesuatu yang menaikkan darjatmu? Bersopan santunlah dengan mereka yang tidak mempedulikanmu. Maafkanlah mereka yang menzalimimu. Berikanlah kepada mereka yang bakhil terhadapmu. Hubungilah mereka yang memutuskan hubungan persaudaraan denganmu ”

“.......Maafkanlah mereka yang menzalimimu........” kita tumpukan apa yang disabdakan Rasulullah tentang memaafkan ini.

Seseorang berlaku zalim kepada kita, maka Rasulullah menganjurkan kita memaafkannya jika kita mahu dinaikkan darjat. Mahukah kita dinaikkan darjat? Tentu mahu. Tidak boleh tidak mahu Cuma bersediakah saya dan anda?

Tetapi jika kezaliman yang dibuat itu boleh merosakkan diri, keluarga, lebih-lebih lagi agama, kita ada hak untuk mempertahankan diri jika apa yang diperkatakan itu tadi tidak benar (fitnah semata-mata) yang membawa mudarat kepada diri kita. Maka sama-sama kita memohon perlindungan kepada Allah.

Jika sudah terjadi kezaliman diatas diri adakah saya dan anda mampu untuk memaafkan? Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang disembunyikan oleh hati kita walaupun sebesar zarrah. Maka saya menyeru dan mendidik diri saya sendiri dan anda semua untuk sentiasa ringan hati untuk memaafkan umat manusia yang melakukan kezaliman pada diri kita. Marilah kita saling bermaaf-maafan sekarang, bukan tunggu hari raya adilfitri baru hendak bermaaf-maafan. Sebelum anda tidur diwaktu malam berdoalah dan berilah kemaafan kepada semua insan yang melakukan kezaliman pada diri kita dan semoga Allah menerima segala amal kebajikkan kita dan sentiasa memberikan sifat pemaaf dan menjadi seorang yang mudah untuk dimaafkan. Maka bermulalah sekarang, kelmarin adalah sejarah, hari ini apa yang dilalui dan esok belum pasti.

Mudahan apa yang dikongsikan ini memberi manfaat kepada saya dan anda semua agar kita dapat meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah. Maafkan segala kekurangan dan kedhaifan saya dalam menukilkan nukilan buat kali ini. Mudahan Allah menghindarkan diri saya dan anda semua dari sifat-sifat yang merosakkan amal kebajikkan kita.

Saya yang Dhaif.

Wednesday, July 1, 2009

AGAR HATI TIDAK MATI


Amalkan ayat ini agar hati tidak mati berdasarkan sabda Rasulullah:

Dari Abu Asy`ari ra berkata bahawa Rasulullah bersabda:

“Barangsiapa pada waktu pagi dan petang membaca (ayat diatas) sampai akhir ayat, maka hatinya tidak akan mati pada hari dan malam itu”

NUKILAN CORAKAN HIDUP

Manusia dilahirkan fitrah,
Umpama kain putih,
Kehidupan ini yang mencorakkannya,
Adakah corak hidupku corakan yang indah?
Corakan yang diredhaiNya?
Aku kekadang dapat merasakan corakan itu jauh dari keindahan sebenar,
Mata, hati dan jiwa memandang indah,
Tapi tidak,
Ia tidak seindah yang disangkakan,
Malah ia adalah corakan yang ditiru untuk kita,
Bukan untuk Islam agama kita,
Aku akui hidupku tak sesempurna mana,
Bukan seperti corakan para alim, para cendiakawan,
Maafkan atas segala kejahilanku Ya Allah,
Maafkan kejahilanku wahai teman dan saudara-saudaraku,
Ya Allah bersihkan hatiku dari sifat-sifat yang tercela yang memakan amalku,
Aku takut dan terus takut
7:24PM 28/6/2009 Knowledgeseeker

BAHAYA TIDUR TANPA BERWUDHUK SEMASA HAID, NIFAS & SELEPAS JUNUB

Antara ilmu yang perlu diamalkan yang nak kongsi bersama. Sahabat nabi s.a.w bertanya adakah boleh tidur selepas berjunub. Nabi s.a.w jawab boleh tapi bangun dulu ambil wuduk baru boleh tidur. Sebaiknya dalan keadaan junub, haid dan nifas kalau nak tidur ambil wuduk dulu. Sebabnya kalau tak wuduk bahaya menanti. Syaitan boleh masuk kacau kita, masuk melalui kemaluan dan rongga yang terbuka, boleh mengganggu janin, rahim yang sebabkan tak dapat anak atau janin rosak. Selain itu jin/syaitan akan masuk ke badan membawa penyakit yang susah diubati seperti cancer. Seperti pernah dimaklumkan oleh seorang ustaz sebelum ini cancer ini penyakit yang dibawa oleh jin dan syaitan. Perkara ini ada dalam fatwa ijmak ulamak walaupun para doktor payah nak akui. Sampaikan pesanan kapada Kawan-kawan kita. Semoga ilmu yang sedikit ini akan menjadikan kita lebih baik daripada hari sebelum.
Terima Kasih kepada yang menyumbangkannya.

NUKILAN CINTA KEPADA ILLAHI

Cinta pada illahi,
Cinta kekal abadi,
Cinta yang tidak dapat dilupai,
Jika dilupai,dilepasi,
Itulah orang merugi,
Merugi hingga akhir nanti,
Tidak disayangi,tidak dicintai oleh Yang Maha Menyayangi,
Ku tanam dalam hati,
Cinta ini untukmu illahi,
Izinkan aku mencintamu Ya illahi,
Memiliki cintamu yang bernilai tinggi,
Tinggi yang tak mampu aku bayangi,
Izinkan aku mencintai hambamu yang mencintaimu Ya illahi,
Keranamu aku mencintai hambamu yang mencintaimu Ya illahi,
Hidup dan matiku keranamu,
Jiwa raga ini milikmu,ciptaanmu,
Kejalan engkau redhai dalam mencinta Insan ciptaanmu,
Hanya dalam hati ia tersimpan,
Tersimpan hingga nanti,
Hingga engkau menjemputku pergi tak kembali,
Sesungguhnya engkau memahami,
Memahami akan isi hati ini,
Berserah diri ini kepada mu Ya illahi,
Berilah ketenangan kepada kami,
Berilah rahmat dan kekalkanlah petunjukmu pada kami,
Amin..Amin..Amin..Ya Rabal alamin..

5:00PM Kiulap 1 Julai 2009