Saturday, October 20, 2007

ILMU dan IMAN

Ilmu adalah merupakan suatu yang sangat berharga bagi seorang insan. Ilmu juga satu anugerah daripada Allah untuk hambanya agar menjadi seorang yang mulia disisinya. Namun adakah kita pada zaman sekarang menghargai ilmu yang telah diberi? Adakah kita masih berkemahuan untuk menambah ilmu yang sedia ada?

Secara tidak menyedari, ilmu yang kita ada dan pelajari telah mendewasakan diri kita, tanpa ilmu maka akan rosaklah akal seseorang, lebih-lebih lagi jika tidak mempelajari ilmu agama. Ilmu sebagai salah satu keperluan yang amat penting didalam kehidupan. Tapi ilmu yang ada perlulah diganding dengan iman. Kerana tanpa adanya iman sudah tentu ilmu yang dipelajari akan dapat menipu diri sendiri kerana dengan ketinggian ilmu yang tidak disaluti dengan iman, syaitan akan mudah menghasut kita berbuat sesuatu yang diluar jangkaan.

Sebagai rumusan, ilmu yang kita perolehi mestilah kita hargai dan ditingkati dan dalam masa yang sama hendaklah ilmu itu disaluti dengan iman yang kukuh agar kita menjadi seorang yang Berjaya didunia dan di akhirat.