Ungkapan “Aku anak Brunei” membuatkan saya terharu apabila mendengarnya. Gualan musik yang mengiringi semangat dan kebangaan membuatkan lagi semangat untuk lebih maju dan rela berkorban untuk agama bangsa dan Negara. Mungkin pada masa ini, belia kita hanya berfikir “malas tah ku ingau yang penting enjoy”.
Namun adakah kita ini belia yang tidak mempunyai wawasan? Tepuk dada tanya selera. Janganlah kita menjadi belia yang tidak mempunyai arah tujuan. Manusia itu dijadikan memiliki tujuan, iaitu sebagai khalifah dimuka bumi, tapi adakah kita memupuk diri kita kearah itu? Adakah kita mampu memimpin diri kita sendiri, keluarga dan masyarakat? Adakah cukup sudah ilmu yang ada didada? Adakah aku boleh menjadi seorang yang menjadi harapan untuk memajukan Negara?
Jawapannya ada pada diri sendiri? Kita perlulah bersedia untuk memajukan dan rela berkorban demi agama bangsa dan Negara. Ungkapan “Rela berkorban” bukan saja rela mengorbankan nyawa tetapi didalam konteks ini, belia perlulah memiliki sifat “rela berkorban” seperti masa, kewangan, tenaga dan sebagainya. Bangsa yang kita bangakan iaitu bangsa Brunei akan terus maju dan kekal jika kita pandai untuk mencermin diri sendiri, muhasabah diri, melihat secara dalam tentang apakah kelemahan kita yang perlu kita perbaiki demi untuk diri sendiri,agama, bangsa kita.
Ilmu adalah merupakan kompenan yang penting dalam mencapai kejayaan didunia dan di akhirat, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Jika kamu hendak Berjaya didunia, maka hendaklah kamu berilmu, jika kamu hendak Berjaya di akhirat, maka hendaklah kamu berilmu dan jika kamu ingin Berjaya pada kedua-duanya, maka hendaklah kamu berilmu”
“ILMU” disini merangkumi pelbagai aspek, ilmu agama, ilmu sains, ilmu matematik, ilmu iktiar hidup dan sebagainya. Namun ilmu yang diperolehi mestilah disaluti dengan iman, kerana jika tidak ada iman maka ilmu yang kita pelajari tersebut akan dapat menipu kita kerana terlalu memiliki ilmu yang tinggi. Dengan adanya iman juga, akal juga akan sempurna supaya ilmu yang kita pelajari tersebut tidak akan dapat menipu diri kita sendiri. Tidaklah menjadi satu kesalahan untuk memiliki ilmu yang tinggi kerana menuntut ilmu tersebut memanglah satu kewajipan bagi umat-umat Islam.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidak sempurna iman dan tidak tertegaknya agama seseorang itu sebelum sempurna akalnya”
Akal yang mampu membezakan diantara baik dan yang buruk. Dengan itu, ILMU, IMAN dan AKAL adalah merupakan suatu yang amat penting didalam kehidupan kita demi mencapai kejayaan didunia dan diakhirat.