Monday, April 28, 2008

Jalan Pulang

Manusia hanya sebagai tetamu
Namun kita akan dipanggil semula untuk pulang
Adakah kita tetamu yang ingat jalan pulang?
Atau kita tergolong dari golongan tetamu yang lupa jalan pulang

Manusia memuja pangkat, harta dan kemewahan
Manusia minta dihormati, disanjung dan dipuji
Tapi adakah kita ingat bahawa semua itu tidak akan dibawa sewaktu kita pulang
Kita pulang membawa iman dan amalan yang kita lakukan

Kita dilahirkan suci pada zahir dan batin
Kita diciptakan secantik-cantik kejadian
Tapi mengapakah kita pulang dengan mengotorkan zahir?mengotorkan batin?
Pulanglah kita dengan keadaan yang baik sebagaimana kita dilahirkan di dunia

Keruntuhan akhlak, maksiat, pembunuhan
Adakah ini yang dimahukan?
Manusia itu diberikan akal, Diberikan perasaan
Berfikirlah, berfikirlah wahai kaum yang diberikan fikiran