RANGKA KERJA DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN
oleh: Mohammad Arif bin Abdul Hadi
Untuk menjadi sebuah organisasi yang effektif, dua perkara perlu ditekankan iaitu, sumbangan belia dan sumbangan orang dewasa. Ini adalah kerana orang dewasa perlu membuat sumbangan kepada belia dan organisasi agar para belia dapat menjadi seorang yang dapat menyumbang kearah menjadikan sebuah organisasi tersebut menjadi organisasi yang cemerlang.
Apabila dalam sebuah organisasi tersebut memiliki dua perkara tersebut iaitu sumbangan belia dan sumbangan orang dewasa, ianya dapat menjadikan sesebuah organisasi tersebut menjadi lebih effektif kerana dalam membuat keputusan (Decision making) ianya memerlukan kerjasama kedua-dua agen penggerak ini.
Apabila kedua-dua agen ini bersatu padu maka terbentuklah sebuah organisasi yang effektif yang dapat menyakinkan kedua-dua pihak dan secara tidak langsung dapat melahirkan belia dan orang dewasa yang kommited.
Jika sekiranya dua agen tersebut yakin dan penuh dengan komitted, ianya akan menjadikan organisasi menjadi responsif dan produktif dan juga dapat melebar luaskan kemampuan masyarakat untuk membuat keputusan.
TAPI MENGAPAKAH SEBAHAGIAN ORANG DEWASA TIDAK MEMBUAT SUMBANGAN DIDALAM SESEBUAH ORGANISASI?
Menurut kajian yang telah dibuat, kebanyakkan orang dewasa TIDAK MEMPUNYAI MASA YANG MENCUKUPI kerana dari segi Time management, orang-orang dewasa banyak meluangkan masa kepada perkerjaan, keluarga dan sebagainya.
Selain dari itu, sebahagian ORANG DEWASA MERASAKAN DIRI MEREKA TIDAK DIKEHENDAKI kerana penglibatan belia pada masa ini banyak mencakupi dalam pelbagai bidang. Inilah yang mengakibatkan sebahagian daripada orang dewasa merasakan diri mereka tidak diperlukan.
Kita juga patut memahami bahawa different adult different way of thinking. Disini bermaksud bahawa setiap orang memang berlainan cara mereka berfikir. Memang kita tidak dapat nafikan tetapi biarlah akal pemikiran kita yang akan memikirkan tentang kebaikkan dan keburukkan sesuatu itu.
KEPENTINGAN DIRI SENDIRI juga adalah salah satu faktor mengapa sebahagian orang dewasa tidak menyumbang. Walaupun pada zahirnya kita lihat bahawa memang mereka telah membuat sumbangan tetapi sumbangan tersebut mempunyai kepentingan diri sendiri yang mana ianya bukan menjurus kepada sumbangan kearah kecermelangan organisasi.
Kita memerlukan orang dewasa berdasarkan pengalaman mereka yang bertahun-tahun, dalam kemahiran mentadbir organisasi. Malangnya, SEBILANGAN ORANG-ORANG DEWASA TIDAK MEMPUNYAI KEMAMPUAN DALAM MENANGANI/MENTADBIR ORGANISASI DISEBABKAN OLEH KOMITMEN LAIN, KURANG PENGETAHUAN DAN TIDAK MEMILIKI KEPIMPINAN YANG KHUSUS.
INTERAKSI juga adalah salah satu daripada masalah. Disini ianya bermaksud interaksi diantara belia dan orang dewasa adalah kurang kerana orang dewasa banyak mencakupi proses dalam membuat keputusan. Ini menyebabkan sebahagian daripada orang dewasa tidak berkomunikasi dengan belia.
TERLALU MEMENTINGKAN KEHORMATAN DIRI juga menjadi salah satu faktor. Ini adalah kerana jika orang dewasa terlalu mementingkan kehormatan diri, komunikasi diantara belia dan orang dewasa akan menjadi renggang.
Terakhir sekali, bercakap mengenai dengan ilmu dan kemahiran, sebahagian daripada orang dewasa memang dapat memahami dan menerima segala ilmu dan kemahiran tetapi mereka TIDAK MENGETAHUI BAGAIMANA CARA UNTUK “MENGAPLIKASIKAN” ILMU DAN KEMAHIRAN YANG MEREKA TELAH PEROLEHI KEPADA BELIA. Ini juga disebabkan bahawa ilmu yang pernah orang dewasa pelajari tidak sejajar dengan perubahan zaman yang mana ianya tidak lagi akses kedalam diri belia. Masalah sebegini tidak akan dapat membentuk belia yang dapat membuat sumbangan secara berterusan kepada organisasi.
Permasalahan yang telah dihuraikan sedikit sebanyak dapat membantu organisasi untuk menyediakan cara bagaimana menyatukan golongan belia dan orang dewasa agar mereka berkerjasama diantara satu sama yang lain dan supaya organisasi tersebut akan menuju kearah kecemerlangan. Diharap semua warga didalam sebuah organisasi supaya akan dapat berkerjasama demi untuk melahirkan belia-belia yang betul-betul dapat membuat sumbangan kearah kecemerlangan negara dan bangsa yang kita cintai ini.